setelah lama tak menulis akhirnya i kembali mencurahkan idea yang tersimpan ini...
Alhamdullillah segalanya telah selesai, apa yang dimaksudkan adalah pengajian i... baru-baru ini i telah menamatkan pengajian i selama 4 tahun di UPSI. dengan bangganya i adalah graduan yang sedang mencari pekerjaan. setelah pulang ke kampung halaman i telah bekerja di sebuah stesen minyak iaitu stesen minyak BHPetrol. tanpa membuang masa dan duduk saja i tekad untuk mencari pendapatan walaupun pekerjaan tersebut agak low profile, tapi demi pengalaman dan pembelajaran i sanggup hadapinya.. tak kisah la apa orang nak kata... i don't care!
fortunately orang-orang kampung ini sangat memahami situasi i.. ramai yang kenal i ni siapa sebenarnya... mereka sokong apa yang i buat dan doakan io dapat pekerjaan secepat mungkin... ada jugak yang hairan dan cadangkan i supaya mencari kerja yang lebih sesuai dengan i bukan sebagai jurupam minyak.
berbalik kepada tajuk pos kita stesen minyak satu kajian terhadap hubungan penduduk. apa yang i cuba untuk ulaskan bawah tajuk ini adalah bagaimana penduduk kg musa ini saling mengeratkan hubungan sesama penduduk kampung dan kampung jiran. sukar mencari didunia ini suatu kelompok yang besar mengenali sanak saudara mereka melepasi kampung mukim dan daerah. istimewanya kg musa dapat menjadikan penduduk saling kenal megenali antara satu sama lain adalah disebabkan beberapa faktor yang akan di terangkan.
faktor pertama yang i dapat melalui pemerhatian i tentang aktiviti penduduk kampung musa atau penduduk Pedu adalah makoritinya pengusaha bendang iaitu petani, penoreh, pekebun, kontraktor, pencari ikan, pekerja sendirian, serta buruh. mereka mula keluar rumah untuk ke tempat kerja masing-masing adalah seawal jam 7.30 pagi. stesen minyak BHP mula dibuka atau beroperasi pada jam 7.30 pagi oleh itu rata-rata mereka keluar daripada setiap pelusuk kampung untuk mengisi minyak motor mereka, minyak mesin menebas, minyak trak, minyak kereta, minyak boat dan sebagainya. situasi ini membuatkan sesetengah mereka bertembung di stesen minyak dan mereka bertegur sapa dan berkomunikasi ala kadar supaya mereka tidak kelihatan sombong, walaupun mereka tidak mengenali satu sama lain, disebabkan mereka tingak semukim oleh mereka rasakan tidak apa yang perlu disegankan.
faktor kedua adalah kerana penduduk kampung ini rata-rata mereka ramah dan suka mengetahui berita dan khabar masing-masing. jadi mereka suka bertegur sapa tidak kira wanita mahupun lalaki tua dan muda. mereka tidak segan silu untuk berkomunikasi dengan gurauan dan bernada tinggi hinggakan diselang-seli dengan hilai tawa masing-masing. antara tarikan yang memulakan mereka untuk berceloteh adalah apabila si ibu membawa anak kecil comel mereka, seorang penduduk kampung memandu kereta baru mereka untuk mengisi minyak, sepasang suami isteri berpakaian cantik dan segak seperti untuk pergi berbulan madu, tambahan lagi keadaan gamat dan berkerumun apabila datang van durian dan pasar basah bergerak hehe..
faktor ketiga adalah tentang situasi dan lokasi stesen minyak BHP itu sendiri yang begitu strategik dan kena pada tempatnya. pembaca sedia maklum lokasi stesen minyak adalah berdekatan dengan masjid dan lebih tepat sekali berhadapan dengan tanah perkuburan islam ka. musa. oleh itu sbagai pekerja yang mula bekerja pada shift pagi mereka merupakan sumber utama penduduk setempat untuk mengetahui siapakah yang meninggal sekiranya mereka perasan ada kubur digali. malah itu bukanlah menjadi masalah besar buat pekerja kerana sumber tersebut boleh didapati melalui makcik dan pakcik yang datang isi minyak motor mereka untuk pergi.. "molek eh makcik ni, nak pi mana??" "gi melawak sat dik oi, mu thu dak sapa?" .. so yeah.. sumber kami adalah mereka yang pi melawat tu.. lalala
pernah terjadi one day ada kematian orang Kuala Nerang meninggal dan dikebumikan dekat citu, sebab asal orang pedu kataenye.. then seminggu kemudian anak dia pulak yang meninggal dan dikebumikan bersebelah... Al-Fatihah buat mereka. dengan tidak disangka budak perempuan itu pelajar SMKDSA dan sebaya dengan i.. jadi budak tu i kenal la.. cuma tak ingat sangat yang mana dan baru tau yang arwah asal Pedu. justeru itu banyak i dapat kenal dan korek selidik identiti dan penduduk Pedu ini disebabkan lokasinya berhadapan dengan tanah perkuburan.
tidak semua pekerjaan menarik dan manis tanpa cabaran dan dugaan kerana terdapat beberapa cabaran yang menarik dan something new. only in stesen minyak BHP kg musa.. special banq hang!! Pedu seperti kita tahu ia menjadi populasi minoroti penduduk siam atau bagsa Thai cikgu sekolah pedu sebut, i ingat lagi waktu sekolah rendah dulu... "itu orang siam kenapa cikgu sebut bangsa Thai??" rupanya Thai adalah perkataan depan Thailand. oleh itu merujuk kepada geografi Pedu ini dekat dengan Thailand.. malah sekarang ini pintu sempadan Malaysia-Thailand telah dibuka di durian burung yang mana 30 minit dari Kg Musa melalui lebuh raya baru yang di bina di kepala batas kg pinang. jadi keluar masuk orang tahi dan malaysia is free flow tapi dengan pas sempadan la.. huhu oleh itu konflik timbul bila mereka datang dengan kenderaan dan nak isi minyak. untuk warga thai mereka hanya boleh dapat petrol 30 ringgit ke bawah je, dan 20 ringgit kebawah pula untuk diesel. so we juru pam kena nak bubuh minyak kena tengok no plate keta whether thai ke malaysia. selalunya mereka mintak isi penuh dan agak berdegil but we profesional 30 means 30 nak lebih jumpa bos ok! tapi diorang bijak jugak setiap stesen minyak diorang akan isi 30 so dah penuh balik Thai. kenapa fuel dicatu keatas mereka?? sebab minyak Malaysia di subsidi mereka tidak.. kita 2.10 mereka 4 ringit lebih.
kes yang meletop tentang isu ini adalah ada seorang orang Narathiwat ni mai dok amik bertong-tong fuel walaupun ditegah dan di pulau.. i pn pelik dan heran tapi kagum muka tebal dia kkiki.. (kes ni terpaksa dirahsiakan kesudahannya sebab kes berprofile tinggi huhu )(*^%$$%@
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih