BAB 1
"Pondok atas Pokok"
"Pondok atas Pokok"
Tup-tup Zainal dah ada di suatu tempat yang dia tidak tahu mengenainya. Zainal seperti entah dari mana kemudian terjatuh daripada awan putih dan medarat secara berdiri di tempat yang serba asing tetapi indah ini. Zainal bingung dia seperti hilang akal sejenak. Dia memeriksa dirinya daripada atas ke bawah untuk pastikan adakah dirinya juga berubah dan menjadi asing seperti kawasan sekelilingnya ini. Zainal memegang mukanya, telinganya dan meraba punggungnya. Zainal lega kerana dia masih bentuk seperti manusia, bukannya monyet yang berekor panjang atau makhluk asing yang bertelinga capang. Zainal masih membisu, dia membuat satu putaran badan untuk melihat keadaan sekiling yang nampak serba misteri dan menarik tersebut. Zainal bukanlah seorang yang cepat melatah jadi dia tetap tenang dengan kepelikan tempat dirinya berada sekarang. Terdetik dalam hatinya dimana di dalam dunia dia berada sekarang. Zainal yakin sesuatu telah berlaku keatas dirinya sehingga dia terlempar ke alam lain ini dan dia akan menyiasat perkara tersebut dan cuba keluar daripada kepalsuan ini. "Oh mak kau" itulah ayat yang cuba keluar dariapda mulutnya apabila dia terkejut dengan seekor burung yang terbang keluar dengan mengejut daripada semak di sebelah kirinya. Zainal tidak kisah langsung dengan logik bahawa burung tinggal diatas pokok bukan didalam semak di bawah pokok, dan burung tersebut pula sebesar burung unta. Jantung Zainal berdegup kencang kerana perkataan latahnya tadi tidak kedengaran di telinganya. Zainal risau kalau dia menjadi bisu disini. Zainal cuba untuk menjerit pula agar dia pasti adakah dia bisu tetapi tetap gagal. Zainal terus melupakan langsung tentang burung tadi. Zainal menepuk dadanya pula , setelah berbuat demikian dia merasakan sesuatu tersekat di kerongkongnya. zainal menepuk lagi dan berusaha menjolonk kerongkongnya supaya keluar benda tersebut. Pop! bunyi sesuatu yang keluar daripada kerongkongnya jatuh ke tanah. Zainal terkejut mendapati ianya adalah lolipop! "macam mana lolipop boleh berada dalam kerongkong aku?" jerit zainal. Namun Zainal lega kerana dia masih normal dan tidak bisu "Alhamdulillah" ucapnya dengan penuh perasaan lega sambil tangan seakan menadah doa.
Zainal hairan kenapa di merasakan hidupnya ini serba lain dia yakin bukan kehidupan begini yang dia lalui sebelum ini, tetapi dia tidak upaya mengingati langsung peristiwa sebelum dia tiba di dunia fantasi ini. "Ahh baik aku pergi mencari perlindungan!" kata Zainal dalam hati. Zainal berhati-hati melangkah menyusuri denai hutan yang dilitupi dedaun kering tersebut. sambil memerhati keadaan sekeliling, di mendapati pokok-pokok di kiri dan kanannya amat tinggi dan besar. dahannya berwarna coklat menggerutu dan daunnya sagat lebat dan hijau. malah kelihatan seakan-akan ada objek lain di atas beberapa pokok tersebut. Tidak sukar bagi Zainal mencari laluan hutan ini kerana dia telahpun berada di denai sedia ada yang muat untuk dilalui oleh pejalan kaki. Zainal bertambah lega apabila memikirkan adanya laluan seperti ini bermaksud mungkin ada penghuni sepertinya tinggal berdekatan. kawasan sekitarnya hanyalah hutan renek separas lutut dan terdapat batang pokok yang gugur di merata tempat. munkin kerana cahaya matahari kurang sampai di permukaan tanah menjadikan tiada pokok lain membesar kecuali pokok-pokok renek ini. pokok juga seperti manusia saling bersaing antara satu sama lain yang kuat diatas sapa lemah dibawah. Zainal terus melangkah dengan dipandu laluan denai tersebut. Seakan kereta api bergerak mengikut jejantasnya. sedang leka berjalan dia sambil menghirup udara segar tanpa disedari denai tersebut sudah kepenghujungnya. Denai itu berakhir betul-betul dengan disebatang pokok tinggi yang kelihatan sama sahaja seperti pokok-pokok yang dia temui sebelum ini. dahannya sebesar diameter denai yang dilalui Zainal itu. ibarat denai itu adalah lorong masuk ke perkarangan rumah, cuma disini ia membawa kepada pokok besar dan tinggi itu. Zainal bingung dia cuba mencari laluan denai lain, dia mengelilingi pokok yang sebesar lima pemeluk manusia itu, menoleh kekanan kekiri tetapi gagal menemui denai baru untuk dijelajahi. Zainal mula bimbang dia seakan hilang panduan seperti layang-layang terputus talinya. "pasti ada sesuatu di pokok ini kerana ia dari awal lagi membawa aku ke pokok besar ini" detik kata hati Zainal.
Zainal mula menyiasat pokok berkenaan, dia mendongak keatas, alangkah terkejut Zainal apabila mendapati terdapat sebuah pondok kayu diatas pokok tersebut. pondok tersebut terletak betul-betul diantara cabang-cabang dahan pokok itu. seperti bola golf ditengah bunga raya. "Aku mesti mendapat perlindungan di rumah itu" kata Zainal dengan teruja. dia mencari cara bagaimana untuk naik ke rumah itu. Zainal mengelilingi pokok tersebut namun pencariannya hampa. Tiada tangga ataupun tiada pintu di badan pokok itu yang ada hanyalah lubang kecil di celah akar yang bersimpang siur itu. "Lubang tupai tanah ni nakbuat ape? ""Macam mana aku nak naik ni?!" Zainal mula panik. Zainal mendapat idea, terdetik dalam hatinya untuk menjerit memanggil tuan rumah itu dan meminta bantuan, mungkin mereka akan lemparkan tangga untuk dia naik. "Hello ada sesiapa di dalam rumah tak?". Namun serentak dengan panggilannya Zainal terkejut dengan bunyi sesuatu berjalan didalam semak jauh dari pokok tetapi bunyi itu seperti datang dari bahagian belakang pokok. Bunyi sesuatu berjalan dan kedengaran bunyi bilangan derapan yang banyak seperti askar berkawat dengaan kelajuan yang luar biasa. Zainal panik tanpa berfikir panjang dia terus berlari meninggalkan pokok itu dan mencari mana-mana terpat bersembunyi. mujur ada batang pokok yang besar tidak jauh dari situ, Zainal melompat melangkah batang pokok sebesar pemeluk itu. Zainal meniarap seakan posisi askar memerhatikan musuh disebalik guni pasir. Zainal mendongak sehinggakan matanya selari dengan lengkungan atas dahan pokok itu demi melihat apakah yang datang menghala kearah pohon besar tempat dia menemui pondok tadi. Dari kejauhan itu Zainal seakan terpana kerana dihadapan matanya adalah seekor lipan bara merah panjang sebesar manusia sedang merayap laju menghala terus ke arah pokok itu. Malah tanpa Zainal disedari ada seekor landak bersaiz normal dari kejauhan berjalan terkedik-kedek menerobos semak samun menuju ke arah tempat Zainal bersembunyi tadi. Lipan bara tersebut merayap pantas seakan dikejar musuh lalu sepantas kilat memanjat pokok tersebut dan menyusup masuk kedalam pondok yang ditemuinya. Mulut Zainal terngaga sukar mempercayai apa yang telah dilihathya tadi. Zainal mengalihkan badannya menghadap kebelakang terbaring bersandar badannya yang tercugap-cungap ke dahan pokok tempat dia berlindung tadi sambil mengurut dadanya yang semput. Pernafasannya pantas seakan pelari pecut 100 meter tiba ke garisan penamat. Zainal usahakan badanannya berdiri dan gagah melawan gementarnya dan melangkah untuk lari pergi jauh dari situ. sambil berlari dengan badannya yang terbongkok-bongkok Zainal sempat menoleh kebelakang memerhatikan pondok tadi dan mengandaikan apa yang akan berlaku keatas penghuni pondok itu. Dush! akibat leka berlari memerhatikan pondok Zainal terlanggar sesuatu objek seakan badan mungkin badan manusia atau haiwan. akibat pelanggaran itu badan Zainal keterbelakang selangkah tetapi Zainal masih dalam posisi membongkok sambil tangannya menahan perutnya. Zainal gementar dan takut apakah yang dilanggarnya itu, lututnya mula mengelatar, dengan perlahan-lahan Zainal mendongak untuk melihat apakah objek itu. Dari bawah Zainal perasan hanya kain putih seakan baju jubah kemudian Zainal tersentak dan terjatuh ketanah kakinya seakan kaku dan di tergesa-gesa mengherat badannya kebelakang dengan kudrat kedua belah tangannya. ianya adalah manusia berjubah putih dan berambut seakan afro hitam tetapi mencacak tajam. Zainal terkejut dengan kemunculan orang tersebut dengan tiba-tiba. Kulitnya gelap dan mukanya tersenyum memandang Zainal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih