Assalamualaikum dan salam sejahtera sebuah kampung yang dahulunya aman dan harmoni telah bertukar gamat dan derita. Untuk mengetahui apakah yang telah berlaku terhadap kampung ini mari kita meneliti jawapan yang diberikan oleh penduduk Mukim Pedu ini dalam temu bual saya.
Z- Apakah nama kampung ini?
B- Kampung Musa!
Z- Apakah yang telah berlaku di kampung ini sehingga menggugat kesejahteraan penduduk kg di sini?
B- Sebenarnya kampung ini telah dilanda pencemaran udara, iaitu udara mengandungi partikel habuk sekam padi yang dilepaskan bersama asap hitam melalui corong kilang pemproses padi Pedu. Habis rumah penduduk sekitar kilang dihujani habuk tersebut dari lantai rumah, atas katil, atas cawan pinggan hinggalah atas kepala. Sehinggakan masuk dalam mata penduduk yang sedang memandu ini boleh membahayakan pengguna jalan raya. Masalah mata merah disini adalah disebabkan dimasuki habuk bukan berjaga malam.
Z- Terima kasih atas penjelasan ini!
Baiklah sekarang saya berada di perkarangan rumah salah seorang penduduk kg. Kita akan menyiasat apakah kesan-kesan dan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk kg ini berikutan fenomena habiuk hitam yang berlaku.
Didapati barang-barang dan perkakasan di dalam rumah ini telah diliputi oleh habuk hitam tersebut, penduduk terpaksa mencuci semula perkakasan yang hendak digunakan untuk menghilangkan habuk oleh itu penduduk kerap merungut bil air juga turut meningkat. Penduduk juga mengadu kebelakangan ini muncul katak Ongg di kediaman mereka. Keadaan ini membuat penduduk bimbang keselamatan anak kecil dan bayi mereka dikhuatiri tercekik katak. adakah kehadiran katak-katak ini ada kaitan dengan fenomena habuk hitam (H2). Adakah katak tersebut muncul untk memakan H2 tersebut atau habitat mereka telah dipenuhi H2. Penerjahan perlu dilakukan berkaitan isu ini, apakah perisa H2 sekiranya i menjadi kegemaran katak atau adakah katak tersebut tidak lagi memanggil hujan sebaliknya H2? Kita terjah!
Penduduk sering mengalami batuk dan gatal-gatal kulit akibat terhidu dan dihinggapi H2. Malah penduduk juga mengadu mereka kerap korek telinga sejak kebelakangan ini.
Jadi berdasarkan pemerhatian dan aduan yang telah saya perolehi saya tergesa-gesa berjumpa dengan pihak pakar untuk mendapat penjelasan yang lebih lanjut dan logik berhubung permasalahan yang dihadapi penduduk dengan fenomena H2 tersebut.
Z- boleh En. Duta Musa jelaskan apakah sebenarnya yang berlaku keatas Kg Musa kebelakangan ini.
B- Apa sebenarnya berlaku adalah kilang padi Pedu tersebut dalam 3 tahun kebelakangan ini mula melepaskan asap yang mengandungi serbuk sekam padi hitam yang telah dibakar di dalam kawasan kilang. Perkara ini berlaku kerana pengurusan kilang tidak lagi membakar sekam padi seperti dalam peribahas "api dalam sekam". oleh itu proses pembakaran adalah jenis pembakaran tidak sempurna yang kesannya menghasilkan sisa bahan bakar yang dikenali sebagai Habuk Hitam atau H2 oleh itu apa yang berkalu ke atas kg ini adalah fenomena H2. Terima kasih!
Z- Boleh En. Froggi Douglas jelaskan mengapkah munculnya katak Ongg in kerana bilangannya semakin banyak dan agak menggelikan?
B- Baiklah, seeloknya saya perlu terangkan beberapa perkara terlebih dahulu supaya keadaan lebih jelas. Sebenarnya katak yang disebutkan tadi adalah katak rumah atau nama saintifiknya ongg kedek-kedek! dan tergolong dalam keluarga bahagia. Habitat kata tersebut adalah di sekitar rumah tujuannya adalah untuk memakan kekatu dan serangga terbang setinggi 15 cm daripada lantai. Akibat tubuh yang gempal kanak-kanak sering menganggap ianya adalah donut yang enak. Suri rumah bagi masyarakat cina menjadikan Ongg sebagai sahabat kerana menghilangkan serangga dan rasa selamat didapur hingga timbul perkataan "ada Ongg" bagi merujuk kepada ada tuah. berasarkan kajian saya kemunculan katak tersebut tiada langsung kaitan dengan H2 tetapi hanyalah kebetulan keran fenomena H2 berlaku ketika musim hujan. Jadi katak Ongg tersebut masih memanggil hujan bukan H2. Saya dapati katak Ongg tidak bersalah dan Ular is guilty sebab nak makan katak!
Z- Sebagai penganalisis persekitaran Kg Musa apakah yang En. Pedu Pro berpendapat tentang nasib penduduk ini pada masa akan datang?
B- Terima kasih atas kesudian menerima pendapat saya. Saya mungkin akan mengejutkan semua pihak dengan apa yang saya akan kemukakan. Setelah penelitian lebih sebulan saya dapati kilang tersebut mungkin akan mengalamai sedikit kerosakan tidaklah melibatkan ledakan supernova tetapi cuma pecah di bahagian tertentu bangunan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih