21 Oktober 2013

Kota Maya

 BAB 1

"Pondok atas Pokok"

Tup-tup Zainal dah ada di suatu tempat yang dia tidak tahu mengenainya. Zainal seperti entah dari mana kemudian terjatuh daripada awan putih dan  medarat secara berdiri di tempat yang serba asing tetapi indah ini. Zainal bingung dia seperti hilang akal sejenak. Dia memeriksa dirinya daripada atas ke bawah untuk pastikan adakah dirinya juga berubah dan menjadi asing seperti kawasan sekelilingnya ini. Zainal memegang mukanya, telinganya  dan meraba punggungnya. Zainal lega kerana dia masih bentuk seperti manusia, bukannya monyet yang berekor panjang atau makhluk asing yang bertelinga capang. Zainal masih membisu, dia membuat satu putaran badan untuk melihat keadaan sekiling yang nampak serba misteri dan menarik tersebut. Zainal bukanlah seorang yang cepat melatah jadi dia tetap tenang dengan kepelikan tempat dirinya berada sekarang. Terdetik dalam hatinya dimana di dalam dunia dia berada sekarang. Zainal yakin sesuatu telah berlaku keatas dirinya sehingga dia terlempar ke alam lain ini dan dia akan menyiasat perkara tersebut dan cuba keluar daripada kepalsuan ini. "Oh mak kau" itulah ayat yang cuba keluar dariapda mulutnya apabila dia terkejut dengan seekor burung yang terbang keluar dengan mengejut daripada semak di sebelah kirinya. Zainal tidak kisah langsung dengan logik bahawa burung tinggal diatas pokok bukan didalam semak di bawah pokok, dan burung tersebut pula sebesar burung unta. Jantung Zainal berdegup kencang kerana perkataan latahnya tadi tidak kedengaran di telinganya. Zainal risau kalau dia menjadi bisu disini. Zainal cuba untuk menjerit pula agar dia pasti adakah dia bisu tetapi tetap gagal. Zainal terus melupakan langsung tentang burung tadi. Zainal menepuk dadanya pula , setelah berbuat demikian dia merasakan sesuatu tersekat di kerongkongnya. zainal menepuk lagi dan berusaha menjolonk kerongkongnya supaya keluar benda tersebut. Pop! bunyi sesuatu yang keluar daripada kerongkongnya jatuh ke tanah. Zainal terkejut mendapati ianya adalah lolipop! "macam mana lolipop boleh berada dalam kerongkong aku?" jerit zainal. Namun Zainal lega kerana dia masih normal dan tidak bisu "Alhamdulillah" ucapnya dengan penuh perasaan lega sambil tangan seakan menadah doa.

Zainal hairan kenapa di merasakan hidupnya ini serba lain dia yakin bukan kehidupan begini yang dia lalui sebelum ini, tetapi dia tidak upaya mengingati langsung peristiwa sebelum dia tiba di dunia fantasi ini. "Ahh baik aku pergi mencari perlindungan!" kata Zainal dalam hati. Zainal berhati-hati melangkah menyusuri denai hutan yang dilitupi dedaun kering tersebut. sambil memerhati keadaan sekeliling, di mendapati pokok-pokok di kiri dan kanannya amat tinggi dan besar. dahannya berwarna coklat menggerutu dan daunnya sagat lebat dan hijau. malah kelihatan seakan-akan ada objek lain di atas beberapa pokok tersebut. Tidak sukar bagi Zainal mencari laluan hutan ini kerana dia telahpun berada di denai sedia ada yang muat untuk dilalui oleh pejalan kaki. Zainal bertambah lega apabila memikirkan adanya laluan seperti ini bermaksud mungkin ada penghuni sepertinya tinggal berdekatan. kawasan sekitarnya hanyalah hutan renek separas lutut dan terdapat batang pokok yang gugur di merata tempat. munkin kerana cahaya matahari kurang sampai di permukaan tanah menjadikan tiada pokok lain membesar kecuali pokok-pokok renek ini. pokok juga seperti manusia saling bersaing antara satu sama lain yang kuat diatas sapa lemah dibawah. Zainal terus melangkah dengan dipandu laluan denai tersebut. Seakan kereta api bergerak mengikut jejantasnya. sedang leka berjalan dia sambil menghirup udara segar tanpa disedari denai tersebut sudah kepenghujungnya. Denai itu berakhir betul-betul dengan disebatang pokok tinggi yang kelihatan sama sahaja seperti pokok-pokok yang dia temui sebelum ini. dahannya sebesar diameter denai yang dilalui Zainal itu. ibarat denai itu adalah lorong masuk ke perkarangan rumah, cuma disini ia membawa kepada pokok besar dan tinggi itu. Zainal bingung dia cuba mencari laluan denai lain, dia mengelilingi pokok yang sebesar lima pemeluk manusia itu, menoleh kekanan kekiri tetapi gagal menemui denai baru untuk dijelajahi. Zainal mula bimbang dia seakan hilang panduan seperti layang-layang terputus talinya. "pasti ada sesuatu di pokok ini kerana ia dari awal lagi membawa aku ke pokok besar ini" detik kata hati Zainal.

Zainal mula menyiasat pokok berkenaan, dia mendongak keatas, alangkah terkejut Zainal apabila mendapati terdapat sebuah pondok kayu diatas pokok tersebut. pondok tersebut terletak betul-betul diantara cabang-cabang dahan pokok itu. seperti bola golf ditengah bunga raya. "Aku mesti mendapat perlindungan di rumah itu" kata Zainal dengan teruja. dia mencari cara bagaimana untuk naik ke rumah itu. Zainal mengelilingi pokok tersebut namun pencariannya hampa. Tiada tangga ataupun tiada pintu di badan pokok itu yang ada hanyalah lubang kecil di celah akar yang bersimpang siur itu. "Lubang tupai tanah ni nakbuat ape? ""Macam mana aku nak naik ni?!" Zainal mula panik. Zainal mendapat idea, terdetik dalam hatinya untuk menjerit memanggil tuan rumah itu dan meminta bantuan, mungkin mereka akan lemparkan tangga untuk dia naik. "Hello ada sesiapa di dalam rumah tak?". Namun serentak dengan panggilannya Zainal terkejut dengan bunyi sesuatu berjalan didalam semak jauh dari pokok tetapi bunyi itu seperti datang dari bahagian belakang pokok. Bunyi sesuatu berjalan dan kedengaran bunyi bilangan derapan yang banyak seperti askar berkawat dengaan kelajuan yang luar biasa. Zainal panik tanpa berfikir panjang dia terus berlari meninggalkan pokok itu  dan mencari mana-mana terpat bersembunyi. mujur ada batang pokok yang besar tidak jauh dari situ, Zainal melompat melangkah batang pokok sebesar pemeluk itu. Zainal meniarap seakan posisi askar memerhatikan musuh disebalik guni pasir. Zainal mendongak sehinggakan matanya selari dengan lengkungan atas dahan pokok itu demi melihat apakah yang datang menghala kearah pohon besar tempat dia menemui pondok tadi. Dari kejauhan itu Zainal seakan terpana kerana dihadapan matanya adalah seekor lipan bara merah panjang sebesar manusia sedang merayap laju menghala terus ke arah pokok itu. Malah tanpa Zainal disedari ada seekor landak bersaiz normal dari kejauhan berjalan terkedik-kedek menerobos semak samun menuju ke arah tempat Zainal bersembunyi tadi. Lipan bara tersebut merayap pantas seakan dikejar musuh lalu sepantas kilat memanjat pokok tersebut dan menyusup masuk kedalam pondok yang ditemuinya. Mulut Zainal terngaga sukar mempercayai apa yang telah dilihathya tadi. Zainal mengalihkan badannya menghadap kebelakang terbaring bersandar badannya yang tercugap-cungap ke dahan pokok tempat dia berlindung tadi sambil mengurut dadanya yang semput. Pernafasannya pantas seakan pelari pecut 100 meter tiba ke garisan penamat. Zainal usahakan badanannya berdiri dan gagah melawan gementarnya dan melangkah untuk lari pergi jauh dari situ. sambil berlari dengan badannya yang terbongkok-bongkok Zainal sempat menoleh kebelakang memerhatikan pondok tadi dan mengandaikan apa yang akan berlaku keatas penghuni pondok itu. Dush! akibat leka berlari memerhatikan pondok Zainal terlanggar sesuatu objek seakan badan mungkin badan manusia atau haiwan. akibat pelanggaran itu badan Zainal keterbelakang selangkah tetapi Zainal masih dalam posisi membongkok sambil tangannya menahan perutnya. Zainal gementar dan takut apakah yang dilanggarnya itu, lututnya mula mengelatar, dengan perlahan-lahan Zainal mendongak untuk melihat apakah objek itu. Dari bawah Zainal perasan hanya kain putih seakan baju jubah kemudian Zainal tersentak dan terjatuh ketanah kakinya seakan kaku dan di tergesa-gesa mengherat badannya kebelakang dengan kudrat kedua belah tangannya. ianya adalah manusia berjubah putih dan berambut seakan afro hitam tetapi mencacak tajam. Zainal terkejut dengan kemunculan orang tersebut dengan tiba-tiba. Kulitnya gelap dan mukanya tersenyum memandang Zainal.


04 Oktober 2013

Laporan Terkini

Assalamualaikum dan salam sejahtera sebuah kampung yang dahulunya aman dan harmoni telah bertukar gamat dan derita. Untuk mengetahui apakah yang telah berlaku terhadap kampung ini mari kita meneliti jawapan yang diberikan oleh penduduk Mukim Pedu ini dalam temu bual saya.

Z- Apakah nama kampung ini?

B- Kampung Musa!

Z- Apakah yang telah berlaku di kampung ini sehingga menggugat kesejahteraan penduduk kg di sini? 

B- Sebenarnya kampung ini telah dilanda pencemaran udara, iaitu udara mengandungi partikel habuk sekam padi yang dilepaskan bersama asap hitam melalui corong kilang pemproses padi Pedu. Habis rumah penduduk sekitar kilang dihujani habuk tersebut dari lantai rumah, atas katil, atas cawan pinggan hinggalah atas kepala. Sehinggakan masuk dalam mata penduduk yang sedang memandu ini boleh membahayakan pengguna jalan raya. Masalah mata merah disini adalah disebabkan dimasuki habuk bukan berjaga malam.

Z- Terima kasih atas penjelasan ini!

Baiklah sekarang saya berada di perkarangan rumah salah seorang penduduk kg. Kita akan menyiasat apakah kesan-kesan dan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk kg ini berikutan fenomena habiuk hitam yang berlaku.

Didapati barang-barang dan perkakasan di dalam rumah ini telah diliputi oleh habuk hitam tersebut, penduduk terpaksa mencuci semula perkakasan yang hendak digunakan untuk menghilangkan habuk oleh itu penduduk kerap merungut bil air juga turut meningkat. Penduduk juga mengadu kebelakangan ini muncul katak Ongg di kediaman mereka. Keadaan ini membuat penduduk bimbang keselamatan anak kecil dan bayi mereka dikhuatiri tercekik katak. adakah kehadiran katak-katak ini ada kaitan dengan fenomena habuk hitam (H2). Adakah katak tersebut muncul untk memakan H2 tersebut atau habitat mereka telah dipenuhi H2. Penerjahan perlu dilakukan berkaitan isu ini, apakah perisa H2 sekiranya i menjadi kegemaran katak atau adakah katak tersebut tidak lagi memanggil hujan sebaliknya H2? Kita terjah! 

Penduduk sering mengalami batuk dan gatal-gatal kulit akibat terhidu dan dihinggapi H2. Malah penduduk juga mengadu mereka kerap korek telinga sejak kebelakangan ini.

Jadi berdasarkan pemerhatian dan aduan yang telah saya perolehi saya tergesa-gesa berjumpa dengan pihak pakar untuk mendapat penjelasan yang lebih lanjut dan logik berhubung permasalahan yang dihadapi penduduk dengan fenomena H2 tersebut.

Z- boleh En. Duta Musa jelaskan apakah sebenarnya yang berlaku keatas Kg Musa kebelakangan ini.

B- Apa sebenarnya berlaku adalah kilang padi Pedu tersebut dalam 3 tahun kebelakangan ini mula melepaskan asap yang mengandungi serbuk sekam padi hitam yang telah dibakar di dalam kawasan kilang. Perkara ini berlaku kerana pengurusan kilang tidak lagi membakar sekam padi seperti dalam peribahas "api dalam sekam". oleh itu proses pembakaran adalah jenis pembakaran tidak sempurna yang kesannya menghasilkan sisa bahan bakar yang dikenali sebagai Habuk Hitam atau H2 oleh itu apa yang berkalu ke atas kg ini adalah fenomena H2. Terima kasih!

Z- Boleh En. Froggi Douglas jelaskan mengapkah munculnya katak Ongg in kerana bilangannya semakin banyak dan agak menggelikan?

B- Baiklah, seeloknya saya perlu terangkan beberapa perkara terlebih dahulu supaya keadaan lebih jelas. Sebenarnya katak yang disebutkan tadi adalah katak rumah atau nama saintifiknya ongg kedek-kedek! dan tergolong dalam keluarga bahagia. Habitat kata tersebut adalah di sekitar rumah tujuannya adalah untuk memakan kekatu dan serangga terbang setinggi 15 cm daripada lantai. Akibat tubuh yang gempal kanak-kanak sering menganggap ianya adalah donut yang enak. Suri rumah bagi masyarakat cina menjadikan Ongg sebagai sahabat kerana menghilangkan serangga dan rasa selamat didapur hingga timbul perkataan "ada Ongg" bagi merujuk kepada ada tuah. berasarkan kajian saya kemunculan katak tersebut tiada langsung kaitan dengan H2 tetapi hanyalah kebetulan keran fenomena H2 berlaku ketika musim hujan. Jadi katak Ongg tersebut masih memanggil hujan bukan H2. Saya dapati katak Ongg tidak bersalah dan Ular is guilty sebab nak makan katak!

Z- Sebagai penganalisis persekitaran Kg Musa apakah yang En. Pedu Pro berpendapat tentang nasib penduduk ini pada masa akan datang?

B- Terima kasih atas kesudian menerima pendapat saya. Saya mungkin akan mengejutkan semua pihak dengan apa yang saya akan kemukakan. Setelah penelitian lebih sebulan saya dapati kilang tersebut mungkin akan mengalamai sedikit kerosakan tidaklah melibatkan ledakan supernova tetapi cuma pecah di bahagian tertentu bangunan.

02 Oktober 2013

Stesen Minyak BHP Satu Kajian Terhadap Hubungan Penduduk

setelah lama tak menulis akhirnya i kembali mencurahkan idea yang tersimpan ini...

Alhamdullillah segalanya telah selesai, apa yang dimaksudkan adalah pengajian i... baru-baru ini i telah menamatkan pengajian i selama 4 tahun di UPSI. dengan bangganya i adalah graduan yang sedang mencari pekerjaan. setelah pulang ke kampung halaman i telah bekerja di sebuah stesen minyak iaitu stesen minyak BHPetrol. tanpa membuang masa dan duduk saja i tekad untuk mencari pendapatan walaupun pekerjaan tersebut agak low profile, tapi demi pengalaman dan pembelajaran i sanggup hadapinya.. tak kisah la apa orang nak kata... i don't care!

fortunately orang-orang kampung ini sangat memahami situasi i.. ramai yang kenal i ni siapa sebenarnya... mereka sokong apa yang i buat dan doakan io dapat pekerjaan secepat mungkin... ada jugak yang hairan dan cadangkan i supaya mencari kerja yang lebih sesuai dengan i bukan sebagai jurupam minyak.

berbalik kepada tajuk pos kita stesen minyak satu kajian terhadap hubungan penduduk. apa yang i cuba untuk ulaskan bawah tajuk ini adalah bagaimana penduduk kg musa ini saling mengeratkan hubungan sesama penduduk kampung dan kampung jiran. sukar mencari didunia ini suatu kelompok yang besar mengenali sanak saudara mereka melepasi kampung mukim dan daerah. istimewanya kg musa dapat menjadikan penduduk saling kenal megenali antara satu sama lain adalah disebabkan beberapa faktor yang akan di terangkan.

faktor pertama yang i dapat melalui pemerhatian i tentang aktiviti penduduk kampung musa atau penduduk Pedu adalah makoritinya pengusaha bendang iaitu petani, penoreh, pekebun, kontraktor, pencari ikan, pekerja sendirian, serta buruh. mereka mula keluar rumah untuk ke tempat kerja masing-masing adalah seawal jam 7.30 pagi. stesen minyak BHP mula dibuka atau beroperasi pada jam 7.30 pagi oleh itu rata-rata mereka keluar daripada setiap pelusuk kampung untuk mengisi minyak motor mereka, minyak mesin menebas, minyak trak, minyak kereta, minyak boat dan sebagainya. situasi ini membuatkan sesetengah mereka bertembung di stesen minyak dan mereka bertegur sapa dan berkomunikasi ala kadar supaya mereka tidak kelihatan sombong, walaupun mereka tidak mengenali satu sama lain, disebabkan mereka tingak semukim oleh mereka rasakan tidak apa yang perlu disegankan.

faktor kedua adalah kerana penduduk kampung ini rata-rata mereka ramah dan suka mengetahui berita dan khabar masing-masing. jadi mereka suka bertegur sapa tidak kira wanita mahupun lalaki tua dan muda. mereka tidak segan silu untuk berkomunikasi dengan gurauan dan bernada tinggi hinggakan diselang-seli dengan hilai tawa masing-masing. antara tarikan yang memulakan mereka untuk berceloteh adalah apabila si ibu membawa anak kecil comel mereka, seorang penduduk kampung memandu kereta baru mereka untuk mengisi minyak, sepasang suami isteri berpakaian cantik dan segak seperti untuk pergi berbulan madu, tambahan lagi keadaan gamat dan berkerumun apabila datang van durian dan pasar basah bergerak hehe..


faktor ketiga adalah tentang situasi dan lokasi stesen minyak BHP itu sendiri yang begitu strategik dan kena pada tempatnya. pembaca sedia maklum lokasi stesen minyak adalah berdekatan dengan masjid dan lebih tepat sekali berhadapan dengan tanah perkuburan islam ka. musa. oleh itu sbagai pekerja yang mula bekerja pada shift pagi mereka merupakan sumber utama penduduk setempat untuk mengetahui siapakah yang meninggal sekiranya mereka perasan ada kubur digali. malah itu bukanlah menjadi masalah besar buat pekerja kerana sumber tersebut boleh didapati melalui makcik dan pakcik yang datang isi minyak motor mereka untuk pergi.. "molek eh makcik ni, nak pi mana??" "gi melawak sat dik oi, mu thu dak sapa?" .. so yeah.. sumber kami adalah mereka yang pi melawat tu.. lalala

pernah terjadi one day ada kematian orang Kuala Nerang meninggal dan dikebumikan dekat citu, sebab asal orang pedu kataenye.. then seminggu kemudian anak dia pulak yang meninggal dan dikebumikan bersebelah... Al-Fatihah buat mereka. dengan tidak disangka budak perempuan itu pelajar SMKDSA dan sebaya dengan i.. jadi budak tu i kenal la.. cuma tak ingat sangat yang mana dan baru tau yang arwah asal Pedu. justeru itu banyak i dapat kenal dan korek selidik identiti dan penduduk Pedu ini disebabkan lokasinya berhadapan dengan tanah perkuburan.

tidak semua pekerjaan menarik dan manis tanpa cabaran dan dugaan kerana terdapat beberapa cabaran yang menarik dan something new. only in stesen minyak BHP kg musa.. special banq hang!! Pedu seperti kita tahu ia menjadi populasi minoroti penduduk siam atau bagsa Thai cikgu sekolah pedu sebut, i ingat lagi waktu sekolah rendah dulu... "itu orang siam kenapa cikgu sebut bangsa Thai??" rupanya Thai adalah perkataan depan Thailand. oleh itu merujuk kepada geografi Pedu ini dekat dengan Thailand.. malah sekarang ini pintu sempadan Malaysia-Thailand telah dibuka di durian burung yang mana 30 minit dari Kg Musa melalui lebuh raya baru yang di bina di kepala batas kg pinang. jadi keluar masuk orang tahi dan malaysia is free flow tapi dengan pas sempadan la.. huhu oleh itu konflik timbul bila mereka datang dengan kenderaan dan nak isi minyak. untuk warga thai mereka hanya boleh dapat petrol 30 ringgit ke bawah je, dan 20 ringgit kebawah pula untuk diesel. so we juru pam kena nak bubuh minyak kena tengok no plate keta whether thai ke malaysia. selalunya mereka mintak isi penuh dan agak berdegil but we profesional 30 means 30 nak lebih jumpa bos ok! tapi diorang bijak jugak setiap stesen minyak diorang akan isi 30 so dah penuh balik Thai. kenapa fuel dicatu keatas mereka?? sebab minyak Malaysia di subsidi mereka tidak.. kita 2.10 mereka 4 ringit lebih.

kes yang meletop tentang isu ini adalah ada seorang orang Narathiwat ni mai dok amik bertong-tong fuel walaupun ditegah dan di pulau.. i pn pelik dan heran tapi kagum muka tebal dia kkiki.. (kes ni terpaksa dirahsiakan kesudahannya sebab kes berprofile tinggi huhu )(*^%$$%@






20 Mei 2013

Misteri Pencuri




wahaha.. hari ni off day.. so sempatla update blog ni haa... kikiki :)

nak berkongsi cerita sedikit dengan pembaca sekalian.. dulu kan i ada pernah cerita sedikit tentang kes kecurian, pecah masuk bilik sewa i dan laptop dan phone i berjaya dibawa lari.. ingat lagi tak?

Kes 1
ceritanya bermula begini... ketika itu jam lebih kurang pukul 11 lebih la kan.. i was sleeping ok! kemudian ada orang buka pintu! OMK (oh mak kau!) terkejut la jugak... kalau yang buka tu kawan i xpe, ni orang x dikenali.. india pulak tu... mabuk ke ape? nasib baik la i tersedar klu x xtau la nk jadi ape kat i hihihi :)

then i pun bangun la, tanye yer ada ape? india tu tanye "ni rumah pekerja maidin ker?" i jawab dalam hati "huh maidin? kat tg malim ni mana ada maidin?" i rase dia nak cari pekerja Happy Home ni.. so i kate "xtau la kat sebelah tu kot" i think india ni bodoh la pekerja Happy Home dy kate maidin... sesengal ubi..!

then i pon nak marah la kat kawan i yang kuar tu, diorang tak kunci pintu?? eeee!! lepas tu i pegi sambung tido.. dalam bebrapa minit ada orang ketuk pintu lagi... "sape pulak ni?" i pon bangun then buka pintiu.. eh india tu lagi? kenape india ni? dy kate "boleh mintak tolong bagi barang kat diorang, doirang xde kat rumah la" "barang ape" i tanye... "emm xpe lah i'll try my best" watever..! i kunci pintu then sambung tido... zzz

dalam pukul 12 tu plak kawan i call dy cakap miss suruh masuk kerja, shift i pukul 2.30 tapi masuk awal pon ok dapat OT(over time). ade jer yg nak mengacau i dari mendapat tidur yang lena...huhu.. so i pun keluar bilik kunci pintu then pegi bilik air mandi. dalam 10 minit siap la mandi so balik ke bilik semula...

alangkah terkejutnye bila sampai dekat pintu tengok tombol pintu ade kt lantai... sah memang pecah masuk.! habis la, lapto phone memang confirm hilang.. masuk je tengo semua dh xde.. aaarrrr!! rasa ni mimpi ni bukan kenyataan.. mimpi3x!!!! tapi tu lah kenyataan. that what happend! :((

so ape lagi bergegas pakai bju, seluar then turun tangga kot-kot sempat jumpak n blasah pencuri tu... tapi dh xde dy dah lesap (x guna!!)

bersiap je la pergi kerja... sampai je KFC terus jumpa roomate kate pencuri masuk, laptop ko kena kebas.. dy cool jer "xpe aku memang dah redy pon benda macam ni nak jadi" huh.........?! dia memang tau kt citu tak selamat! i rase nk nagis tapi x kuar air mata.... huhuhu sabor je takdir kan.. orang kata satu nikmat yang hilang akan digantikan dengan dua nikmat baru.

gempar KFC tentang kes kecurian tu... so kitorang bagitau kat manager nak pegi wat laporan polis...

i think korang pon boleh agak kan yang india tu sebenarnya pencuri... dia boleh buka pintu i yang terkunci tu.. kawan i memang kunci pon bila kuar.. india tu pulak siap cakap "i'll try my best" lagi memang nak berusaha mencuri dengan bersungguh-sungguh.. then dia berjaya (he was a shit!!)

pengajaran yang boleh diambil.. jangan mudah percaya kat orang, perasan setiap benda yang x betul, jauhi minda mamai hehe, kunci guna mangga not only tombol, hide our valuable stuff :))

Kes 2

kecurian kedua berlaku di hostel KFC... boleh dikategorikan kecurian yang sangat melampau pernah berlaku.. i baru balik kerja dalam pukul 7 petang.. so tukar baju n go to toilet tuk bersihkan diri tuk solat maghrib... my friend is in the room.. i know.. and before i went to bathroom he is still wake up not fall a sleep...

after i finish shower.. bila i keluar je bilik air.. kawan i tercegat berdiri kat ruamg tamu hostel... dia bagi tau "tadi ada orang masuk dy tanya ni hostel KFC ke? dengan nada marah" huh pehal lak dy ni main2 ke ape? kata i dlm hati... "melayu ke ape?" i tanye "budak melayu kurus2 tinggi" dy jawab.. so i cakap "mungkin pekerja baru KFC kot, dia nk msuk hostel.." so i pegi la tukar baju solat...

kami plan nak kuar makan.. pastu i pon bersiap lah... bila nk amek enset jer tengok handset xde kat tmpt charge! eh tadi i charge kat citu, sius pon masih on lagi... so tanye la member tadi budak tu masuk bilik ker?? dy jawab "ye, aku pn terkejut bukak mata je dy tercegat dok depan aku, x dengr lngsung dy jalan masuk" sah la memang dy yg kebas...!!! arrrr... hendset aku hilang lagi!!! rasa macan nk tumbok something jer.... geram sagt!!

musibah yang menimpa tu semua kifarah dosa so redah dengan qadar dan qadar Allah s.w.t.

so ape yang menjadi "misteri pencuri" tersebut. banyak dari kita dok dengar yang pencuri masuk rumah bertopeng la... pencuri pecah masuk waktu rumah tak berpenghuni la... penciri bersenjata la... tapi yang menjadi unik dan misterinyer pencuri tg. malim ni ialah mereka begitu confident, diorang xperlukan topeng, just came and steal away... muka pencuri tu memang kami cam ok! cuma x boleh nak buat ape... polis pon sampai skung xde buat penangkapan pon.. kitorang pon x penah jumpak pon pencuri melayu bersengal tu..

kes 1 telah memberi pengajaran supaya kunci bilik ketika pergi ke bilik air, and i buat, memang setiap kali ke bilik air i akan kunci, mangga lagi! tapi benda dah nak jadi, what to do.. langkah yang diambil adalah tingkatkan keselamatan bilik tidur di kunci ketika tidur... kunci pintu utama! tonton filem fighting hehehe :)) semoga tak ada next kes... InsyaAllah!

27 Mac 2013

Bukan Penganggur



lama tak update blog ni, dah semak samun pun kalau andaikan ini halaman rumah ku... well bertemu kembali, kalau ikutkan post sebelum ni. sye ada menceritakan tentang praktikel.... ( i hate praktikel soooo muchhh!!!)

habis jer praktikel then pulang semula ker tg malim kota keriangan. tak nak balik kampung sebab nak kerja tak nak dok kampung, buang masa. dapat kerja di KFC, dok rancang nak kerja ni dari awal lagi, sebab habis praktikel akan cuti 4 bulan... so i dan beberapa org kawan dapat kerja tersebut.
sebelum tu kena pegi cucuk dulu (suntikan typod) suntikan pengendalian makanan.

waktu tamat praktikel tu memang sengkek habis... suma guna duit org..(bayarn suntikan rm20 jer) pinjam ok! then carila tempat tinggal, mana2 rumah sewa kitorang bedal jer...
yang cari rumah tu pn senyap2 jer.. (wei ak dh jmpa bilik sewa...!) ok la sbulan rm250. tingkat empat plaktu. bilik air kongsi dengan penghuni lain... yang terdiri daripada BANGLA, CINA MELAYU DAN INDIA...

telah diingatkan yang tempat ni tak selamat... hurmmm,,,, (ok kami akan berjaga-jaga!!)
lebih kurang nak sebulan kerja tu ok jer... staf2 ok manager ok, diorang tanye kenape tak dok hostel... sewa free... emm ktorang xtau nak cakap per.. ingt hostel tu ramai.. segan lar... takot barang hilang lar.... negative semua..... rase bilik sewa kami lagi selamat (yeahh!!).

then pada suatu hari yang tak disangka pencuru telah masuk kat bilik kitorang dan kebas 2 laptop, stu handaset.. abis jer sebulan dok citu.. kmi pn pindah dok hostel kfc.. tengok hostel tu K.O. giler... masuk lagi 2 orang staff, so ostel skung ada lima orang... tapi kat tingkat bawah ostel tu mcam tempat @$#%^@ kotor busuk, taik, lumut, bertakong, kucing, semut semua ada kt ctu...

misterinya kat ostel tu... ada satu bilik tak digunakan, xde sape nak buka masuk, nak masuk tapi diorang tak berani... tah la bilik lama tinggal kan so faham2 jer la.,.. dihuni orang benda lain...

walaupun bilik tu sepi (seram) tapi xde la ganguan sangat... pernah la kat bandan ngan muka kawan i kena toreh sikit... sikit jer... (lek ar bende kecik jer bro..!!)

untung ar bersyukur sgt, makan free... malam2 produk yg lebih tu bawak balik...  pastu bos manager tu datang cek sestoran then dia tanye ostel ok tak? kemas?? manage pon sentap ar... then waktu i cuti tu diorang ada kemas....  so sekarang semua dh semakin pulih, ostel mulai selasa untuk didiami....

kerja berbulan-bulan dah dapat kumpul duit tuk beli balik laptop and banyar hutang and beli handset... duit tak mintak kat parent pon so i dah mula hidup berdiari.... wah best sangat... perangai staff parangai manager.... bergaul dengan ramai orang komitmen kerja telah membuatkan i jadi lebih matang serius. fokus, being a different person then before, alhamdulillah...

kini ramai pulak staff berhenti... yang dah lama pn berhenti jugak... so datang pulak budak baru,, budak SPM la paling ramai, yela sambil tungu result kuar baik kerja... i perasan yang diorang tu masih ada perangai budak2 which mean i am dh kedewasaan yeyeyeye....

yang mengejut kan..........  

Wedding

Majlis perkahwinan kali ini meriah dan kelam kabut jugak sebab 2 adik beradik melangsungkan perkahwinan dalam tahun yang sama iaitu 2011. n...