Hai bertemu bertemu kembali
cerita yang aku nak tulis ni dah lama sebernarnya lebih kurang dalm 4 tahun yang lalu.. tetapi masa tidak mengizinkan dan kemahuan yang sukar dipujuk ni memuatkan cerita ini terbengkalai
cerita tentang kehidupan ku sewaktu menjawat jawatan sebagai pembantu setiausaha. cara aku dapat kerja tu adalah melalui temuduka walk in interview orang sebut. kawan aku yang cadangkan dan dia tu dah kali kedua mencuba nasib. waktu kali pertama sampai ke pusat temu duga tu memang la cemas dan semua orang yang datang macam tu. aku cuba ingat kembali lah suasana menunggu dipangil untuk masuk ke bilik temu duga.
aku dan kawan ku datang menaiki motosikal ketika itu kami berdua baru sahaja tamat pengajian di sebuah universiti dan belom konvo lagi. fresh graduate la katekan. waktu tu kami sudah bekerja di restoran makanan segera. kami hanya ingin mencuba nasib dan cari pengalaman. tapi bagi aku aku dah lama teringin jawapan sebagai pembantu setiausha walaupun aku tak tahu macama mana tugas dia tapi aku pernah berangan untuk jadi setiusaha. fikir aku setiausaha tu tugas dia mengurus hal ehwal pejabat dan file dan pengkeranian.
belom sampai part kontroversi
kenapa perlu join biz stg? sebab produk yang dijual sgt bagus.. RM setiap pembelian produk akan terkumpul.. so selagi terus berbelanja kita akan diberi kenaikan pangkat oleh company SHOM.. pangkat tu boleh jana income setiap bulan malah pangkat kita tu boleh diwarisi kepad anak2.. awal2 join memnag bonus kecik bila dah lama mesti besar.. best kan.. pakai sendiri pon boleh dp bonus.. lagi2 yang buat biz berganda untung nya.. saya cikgu faizal dapat buat biz stg ni kenapa tidak anda?
23 Oktober 2017
21 Oktober 2017
Cerita Ku di Mukah
Makan Angin ke Mukah, Sarawak
Salam pembuka kata. Harini aku akan
menulis sedikit perjalanan aku ke Mukah ketika cuti deepavali yang lalu.
Perjalanan ku ini tidak dirancang lebih awal Berdasarkan gambar yang dipaparkan
akan aku ceritakan dengan lebih lanjut. Semoga kalian terhibur dan mendapat
informasi berguna.
Perjalanan dari saratok ke mukah
mengambil masa lebih kurang dalam 5 jam.. saya memandu secara biasa dan jalan
pada hari itu tidak sibuk. Selalunya jalan yang banyak treler dan loro tangki
minyak memang mencabar kesabaran. Banyak kereta terpaksa jadi ekor kepada
kenderaan yang panjang tu sebab nak potong bahaya dan jalan sempit.
Ketika awal pemanduan cuaca baik
dan begitu mengizinkan namun setelah melepasi sibu hujan renyai-renyai ditambah
jalan yang berdebu kuning kotor kereta kami jadinya. Jalan disepanjang sibu ke
mukah sedag dinaiktaraf jadi banyak loro angkot tanah dan jentolak di tepi
jalan. Disebabkan hari minggu maka kerja-kerja pembinaan turut berjalan. Pekerja
kontraktor sibuk mengawal lalu lintas bagi mengawal keluar masuk lori.
Untuk sampai ke mukah kami melintas
jambatan sungai mukah yang panjang dan tertulis Selamat Datang.
Sampai jer pekan mukah kami terus
pusing-pusing dan ternampak masjid. Masjid teletak di tengah tengah2 pekan
mukah dan dekat dengan roundborad. Kami nak cari hotel murah dan sesuai. Aku
berhenti kereta dan turun ke hotel yang berkenaan dan ambil number telefon dan
Tanya harga bilik katil queen brapa.
Sebelum masuk hotel kami pergi ke
masjid dan menunaikan solat zohor dan asar secara jamak dan qasar. Masjid Mukah
besar dan cantik ada lah beberapa orang sedang sembahyang. Majority penduduk di
Mukah adalah melanau dan beragama Islam. Banyak ciri-ciri pembinaan melanau
dapat dilihat dalam pembinaan masjid dan gereja.
Dewan suarah mukah yang diilhamkan
daripada topi Etnik Melanau.
Mercu anda Mukah teletak
ditengah-tengah roundbord dan ini merupakan menara jam pada pandangan waktu
malam.
Setelah banyak hotel yang kami cari
ada satu yang murah dan dekat dengan pecan iaitu Melon Inn. Kami pilih bilik
yang ada tingkap dan dapat melihat pemandangan di luar.
Bilik dilengkapi aircond, katil
queen televisyen dan bilik air. Tuala mandi kena minta di kaunter tiada deposit
hotel ni. Selalunya ada deposit dalam rm20. Tapi jagan risau deposit akan
dikembalikan bila check out.
Pemandangan dari luar tingkap pada
waktu malam dari dalam hotel. Pekan mulai senyap dan jalan raya kurang
kenderaan selepas pukul 9 malam. Pekerja kedai bawah sedang berangkat pulang ke
rumah dan kedai Nam Leong pon akan tutup pada pukul 10pagi. Di Sarawak kedai
Nam Leong ada diseluruh daerah hehe memang supermarket yang terkenal. Kereta
axia kat sebelah kanan tu kereta aku lah tu. Saja park dekat situ boleh tengok2
kan.
Ni lagi satu gambar kereta aku yang
tengah park dekat sebelah axia putih tu. Waktu ni wife ada dalam kereta dan
enjen tidak dimatikan. Enjen tak boleh matikan selalu yer sebab nanti makan
minyak kuat. Masa ni aku pergi cucuk duit di Maybank Mukah. Boleh lah lihat
disini rupa macam mana mukah dan masa ni sedang hujan rintik-rintik.
Selepas aku dah check in hotel aku pon keluar lah untuk makan
tengah hari walaupun jam dah pukul 3petang. Wife aku tak berapa suka sangat
bilik tu dia kata hotel cina dan taka da arah kiblat macam hotel2 hotal lain.
So aku pujuk jugak lah supaya dia ok dan akan cari hotel lain yang lebih baik
lenkali hehehe so pastikan anda pandai pujuk yer dan penting komunikasi antara
dua pihak jagan nak buat keputusan sendiri. Orang lelaki mudah hotel macam mana
pon boleh duduk tetapi perempuan dia nak jaga maruah dan standard tak nak lah
orang Nampak dia keluar masuk hotel yang macamtu. I mean hotel bajet too much.
Gambar diatas tu boleh baca sendiri yang terpahat di batu
itu. Berkenaan dengan cerombong kilang sagu suatu ketika dahulu. Tinggi dia
20meter.
Kelihatan ditumbuhi pokok menjalar dan dipenuhi lumut. Ini
menampakkan klasik dan lama nya bangunan tersebut tersergam sejak abad ke-20
lagi.
Kami makan di warong yang
bertentangan dengan hotel kami tak banyak kedai yang buka ketika itu dan
harganya mahal tetapi bagi kami rasanya tidak mengikut selera kami. ketika ini
masih Nampak muka tak puas hati dengan hotel tadi tu hehehe.
Bila dah makan kami teruskankan perjalanan pusing-pusing
sekitar kawasan mukah tanpa arah macam orang sesat. Mujur kawasan nya kecil dan
kami dapat lihat semua apa yang ada di pecan mukah malah kami juga masuk ke
kampung yang berdekatan iaitu kampung kuala lama. Kelihatan disini masih
mengekalkan tradisi lama dalam zaman serba moden mereka tidak mengubah corak
hidup mereka menjadi lebih teknologi dan mengikut peredaran semasa. Jadi anda
akan melihat seni bina rumah lama dan apa yang ada dahulu masih lagi dapat
dilihat sekarang. Sangat menakjubkan.
Selepas pusing satu Mukah kami dapati Mukah bukanlah Bandar
besar tapi hanya pekan kecil sahaja tetapi penting kepada penduduk disini
kerana semua keperluan ada dan cukup seperi maybank, kedai makan, supermarket,
padang lepak dan tempat rekreasi air pancut. Berbanding Kuching dan sibu mukah
jauh lebih releks dan kurang sesak seperti kebanyakan pekan lain yang ada di
Sarawak seperti Betong, Saratok, Sarikei dan sri Aman.
Setelah bergambar di air pancut kami pon pulang ke hotel
untuk berehat dan bersihkan diri. kami keluar semula pada waktu malam jam 8
untuk makan dan melihat suasana pada waktu malam di Pekan Mukah. Pada malam itu
kami menuju ke sebuah supermarket Medan Mall. Medan Mall banyak didapati di
seluruh Sarawak kerana ia adalah gabungan supermarket dan hotel. Di situ kami
aku beli sehelai t-Shirt sebagai buah tangan dari Mukah. Kemudian kami keluar
dan makan di kedai makan dibawah dan seingat aku nama kedai tu D’Zoner. Makanan
sedap dan berbaloi. Selepas selesai makan kami pon pulang terusk ke hotel, jam
pond an pukul 9.30 tak ada apa lagi yang boleh dibuat. Aku teringin nak karaok
tapi tak berapa yakin dengan karaok yang ada kerana mungkin ia sekali dengan
Pub dan Disco. Kami pulang dan tidur dengan lena sekali pengebaraan akan
bersambung esok.
Hari kedua
Lena tidur malam semalam dengan
bilik yang sejuk dan sunyi. Malam yang indah. kami bersiap untuk keluar dalam
pukul 9 pagi. Kami terus check out awal pagi tu sebab kami plan nak balik terus
ke sibu pulak. Pagi tukami pergi ke market nak sarapan. Dan market tu terletak
di tepi sungai sampai dekat situ ada la beberapa orang tua tengah dok sarapan dengan
kawan2 dan tak banyak kedai yang bukak. Kami bergambar dulu dekat mercu tanda
replica udang. Dan Susana pagi tu meman sejuk dan tenag jer. Kami pergi jugak
ke bahagian pasar basah. Banyak ikan yang dijual semuanya baru naik dari sungai
dan boleh lihat nelayan dok bawak naik dari prahu ke tas pasar. Waktu makan di
kedai tu kami boleh lihat beberapa nelayan sedang menaikkan pukat masing2 di
tepi tebing sungai tu.
Ada jugak kapal keci yang berlabuh
di sungai mukah ni, mungkin boat ikan air masin kot. Yang bawak ikan2 yang di
tangkap di laut.
Tak tau lah apa simbolik replica udang ni dengan Mukah. Udang
sini murah kot or banyak udang kat sungai Mukah ni. orang kata banyak udang banyak buaya. Sebab Mukah ni lebih
terkenal dengan sagu kan. Tapi udang tu memang nampak real dan pembuatan yang
terperinci.
Lepas makan dan bergambar di sekeliling market tu kami terus
ke tapak pesta kaul mukah dan di sana kami bergambar dengan alat mainan orang
melanau yang dipanggil tabow. Tabow ni
macam buaian tapi ada satu sahaja tali buai dia. Dan dinaik secara
seorang demi seorang.
Saya tak tahu sangat macam mana pesta kaul disambut kalau nak
tahu kena datang ke mukah pada bulan april tahun bila2 yang kamu sempat.. tapi
dengar kata pesta kaul ni sempena mereka menuai padi. Mungkin tuai padi bulan
April lak kot.
Lepas puas ambil gambar kami pon terus pusing lagi jalan yang
ada dan terjumpa balai bomba, sekolah, hospital dan perkuburan.
Setelah bercadang untuk pulang kami singgah dahulu di gerai
jualan barangan seperti makanan ringan untuk dibawa balik sebagai ole2 dari
mukah antaranya adalah tebaloi, sagu dan tempeyek. Yang paling terkenal adalah
tebaloi yang hanya ada di mukah ianya diperbuat daripada sagu dan rasa seperti
kuih sepit di semenanjung. Aku tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra
dengan makcik penjual tu dan dia bayk terangkan semua jenis kuih yang dia jual
memang peramah orang nya. Sesuai sekali pelancong macam aku ni nak dapatkan
maklumat dan panduan.
Dia cadangkan aku untuk cuba makan umai yang menjadi
tradisi pelancong ke mukah. Kerana disini umai yang dijual adalah segar dan
dapat dilihat dendiri pembuatannya. Untuk mpengetahuan pembaca umai ini adalah
daging ikan mentah yang dimakan bersama sos yang di buat untuk menghilankan bau
ikan dan rasa ikan mentah itu sedap. Ikan mentah telah dipotong kecil-kecil dan
sos dijual berasingan. Ada banyak jenis ikan yang dibuat umai aku pilih ikan
haruan laut kerana Nampak isinya lebih besar. Nak tahu rasanya nanti boleh cuba
sendiri ya ataupu boleh cuba shushi it pon ikan mentah jugak kan hehehe.
Penjual tu dan bungkuskan dengan ice sekali untuk kami bawak
balik ke sibu. Bagus dia memang memahami mungkin dah biasa dengan pelancong
yang nak tapau bawak balik supaya iakan tetap segar bugar. Kalau tak nanti
busuk lah ikan tu. Heheh tak lalu makan la jawab nyer…
Kami berhenti makan dekat taman permainan di tengah pekan
mukah tu di sebabkan pagi lagi jadi tak ada orang yang melepak sana. selepas
makan kami pon beredar meninggalkan Mukah dengan perasaan puas dan happy lah
lalu menuju ke sibu.
Langgan:
Catatan (Atom)
Wedding
Majlis perkahwinan kali ini meriah dan kelam kabut jugak sebab 2 adik beradik melangsungkan perkahwinan dalam tahun yang sama iaitu 2011. n...
-
Makan Angin ke Mukah, Sarawak Salam pembuka kata. Harini aku akan menulis sedikit perjalanan aku ke Mukah ketika cuti deepavali yang lalu...
-
Faisal Razali Smart Tycoon Group tu apa? Singkatan nya STG. Stg ni adalah bisnes online. Jual barang keperluan harian seperti kelengka...
-
setelah lama tak menulis akhirnya i kembali mencurahkan idea yang tersimpan ini... Alhamdullillah segalanya telah selesai, apa yang dim...