23 Oktober 2017

Pembantu Setiausaha (kontroversi)

Hai bertemu bertemu kembali

cerita yang aku nak tulis ni dah lama sebernarnya lebih kurang dalm 4 tahun yang lalu.. tetapi masa tidak mengizinkan dan kemahuan yang sukar dipujuk ni memuatkan cerita ini terbengkalai

cerita tentang kehidupan ku sewaktu menjawat jawatan sebagai pembantu setiausaha. cara aku dapat kerja tu adalah melalui temuduka walk in interview orang sebut. kawan aku yang cadangkan dan dia tu dah kali kedua mencuba nasib. waktu kali pertama sampai ke pusat temu duga tu memang la cemas dan semua orang yang datang macam tu. aku cuba ingat kembali lah suasana menunggu dipangil untuk masuk ke bilik temu duga.

aku dan kawan ku datang menaiki motosikal ketika itu kami berdua baru sahaja tamat pengajian di sebuah universiti dan belom konvo lagi. fresh graduate la katekan. waktu tu kami sudah bekerja di restoran makanan segera. kami hanya ingin mencuba nasib dan cari pengalaman. tapi bagi aku aku dah lama teringin jawapan sebagai pembantu setiausha walaupun aku tak tahu macama mana tugas dia tapi aku pernah berangan untuk jadi setiusaha. fikir aku setiausaha tu tugas dia mengurus hal ehwal pejabat dan file dan pengkeranian.

belom sampai part kontroversi



21 Oktober 2017

Cerita Ku di Mukah

Makan Angin ke Mukah, Sarawak
Salam pembuka kata. Harini aku akan menulis sedikit perjalanan aku ke Mukah ketika cuti deepavali yang lalu. Perjalanan ku ini tidak dirancang lebih awal Berdasarkan gambar yang dipaparkan akan aku ceritakan dengan lebih lanjut. Semoga kalian terhibur dan mendapat informasi berguna.

Perjalanan dari saratok ke mukah mengambil masa lebih kurang dalam 5 jam.. saya memandu secara biasa dan jalan pada hari itu tidak sibuk. Selalunya jalan yang banyak treler dan loro tangki minyak memang mencabar kesabaran. Banyak kereta terpaksa jadi ekor kepada kenderaan yang panjang tu sebab nak potong bahaya dan jalan sempit.
Ketika awal pemanduan cuaca baik dan begitu mengizinkan namun setelah melepasi sibu hujan renyai-renyai ditambah jalan yang berdebu kuning kotor kereta kami jadinya. Jalan disepanjang sibu ke mukah sedag dinaiktaraf jadi banyak loro angkot tanah dan jentolak di tepi jalan. Disebabkan hari minggu maka kerja-kerja pembinaan turut berjalan. Pekerja kontraktor sibuk mengawal lalu lintas bagi mengawal keluar masuk lori.


Untuk sampai ke mukah kami melintas jambatan sungai mukah yang panjang dan tertulis Selamat Datang.

Sampai jer pekan mukah kami terus pusing-pusing dan ternampak masjid. Masjid teletak di tengah tengah2 pekan mukah dan dekat dengan roundborad. Kami nak cari hotel murah dan sesuai. Aku berhenti kereta dan turun ke hotel yang berkenaan dan ambil number telefon dan Tanya harga bilik katil queen brapa.

Sebelum masuk hotel kami pergi ke masjid dan menunaikan solat zohor dan asar secara jamak dan qasar. Masjid Mukah besar dan cantik ada lah beberapa orang sedang sembahyang. Majority penduduk di Mukah adalah melanau dan beragama Islam. Banyak ciri-ciri pembinaan melanau dapat dilihat dalam pembinaan masjid dan gereja.


 
Dewan suarah mukah yang diilhamkan daripada topi Etnik Melanau.


Mercu anda Mukah teletak ditengah-tengah roundbord dan ini merupakan menara jam pada pandangan waktu malam.

Setelah banyak hotel yang kami cari ada satu yang murah dan dekat dengan pecan iaitu Melon Inn. Kami pilih bilik yang ada tingkap dan dapat melihat pemandangan di luar.
Bilik dilengkapi aircond, katil queen televisyen dan bilik air. Tuala mandi kena minta di kaunter tiada deposit hotel ni. Selalunya ada deposit dalam rm20. Tapi jagan risau deposit akan dikembalikan bila check out.

Pemandangan dari luar tingkap pada waktu malam dari dalam hotel. Pekan mulai senyap dan jalan raya kurang kenderaan selepas pukul 9 malam. Pekerja kedai bawah sedang berangkat pulang ke rumah dan kedai Nam Leong pon akan tutup pada pukul 10pagi. Di Sarawak kedai Nam Leong ada diseluruh daerah hehe memang supermarket yang terkenal. Kereta axia kat sebelah kanan tu kereta aku lah tu. Saja park dekat situ boleh tengok2 kan.



Ni lagi satu gambar kereta aku yang tengah park dekat sebelah axia putih tu. Waktu ni wife ada dalam kereta dan enjen tidak dimatikan. Enjen tak boleh matikan selalu yer sebab nanti makan minyak kuat. Masa ni aku pergi cucuk duit di Maybank Mukah. Boleh lah lihat disini rupa macam mana mukah dan masa ni sedang hujan rintik-rintik.
Selepas aku dah check in hotel aku pon keluar lah untuk makan tengah hari walaupun jam dah pukul 3petang. Wife aku tak berapa suka sangat bilik tu dia kata hotel cina dan taka da arah kiblat macam hotel2 hotal lain. So aku pujuk jugak lah supaya dia ok dan akan cari hotel lain yang lebih baik lenkali hehehe so pastikan anda pandai pujuk yer dan penting komunikasi antara dua pihak jagan nak buat keputusan sendiri. Orang lelaki mudah hotel macam mana pon boleh duduk tetapi perempuan dia nak jaga maruah dan standard tak nak lah orang Nampak dia keluar masuk hotel yang macamtu. I mean hotel bajet too much.


Gambar diatas tu boleh baca sendiri yang terpahat di batu itu. Berkenaan dengan cerombong kilang sagu suatu ketika dahulu. Tinggi dia 20meter.
Kelihatan ditumbuhi pokok menjalar dan dipenuhi lumut. Ini menampakkan klasik dan lama nya bangunan tersebut tersergam sejak abad ke-20 lagi.


Kami makan di warong yang bertentangan dengan hotel kami tak banyak kedai yang buka ketika itu dan harganya mahal tetapi bagi kami rasanya tidak mengikut selera kami. ketika ini masih Nampak muka tak puas hati dengan hotel tadi tu hehehe.

Bila dah makan kami teruskankan perjalanan pusing-pusing sekitar kawasan mukah tanpa arah macam orang sesat. Mujur kawasan nya kecil dan kami dapat lihat semua apa yang ada di pecan mukah malah kami juga masuk ke kampung yang berdekatan iaitu kampung kuala lama. Kelihatan disini masih mengekalkan tradisi lama dalam zaman serba moden mereka tidak mengubah corak hidup mereka menjadi lebih teknologi dan mengikut peredaran semasa. Jadi anda akan melihat seni bina rumah lama dan apa yang ada dahulu masih lagi dapat dilihat sekarang. Sangat menakjubkan.


Selepas pusing satu Mukah kami dapati Mukah bukanlah Bandar besar tapi hanya pekan kecil sahaja tetapi penting kepada penduduk disini kerana semua keperluan ada dan cukup seperi maybank, kedai makan, supermarket, padang lepak dan tempat rekreasi air pancut. Berbanding Kuching dan sibu mukah jauh lebih releks dan kurang sesak seperti kebanyakan pekan lain yang ada di Sarawak seperti Betong, Saratok, Sarikei dan sri Aman.

Setelah bergambar di air pancut kami pon pulang ke hotel untuk berehat dan bersihkan diri. kami keluar semula pada waktu malam jam 8 untuk makan dan melihat suasana pada waktu malam di Pekan Mukah. Pada malam itu kami menuju ke sebuah supermarket Medan Mall. Medan Mall banyak didapati di seluruh Sarawak kerana ia adalah gabungan supermarket dan hotel. Di situ kami aku beli sehelai t-Shirt sebagai buah tangan dari Mukah. Kemudian kami keluar dan makan di kedai makan dibawah dan seingat aku nama kedai tu D’Zoner. Makanan sedap dan berbaloi. Selepas selesai makan kami pon pulang terusk ke hotel, jam pond an pukul 9.30 tak ada apa lagi yang boleh dibuat. Aku teringin nak karaok tapi tak berapa yakin dengan karaok yang ada kerana mungkin ia sekali dengan Pub dan Disco. Kami pulang dan tidur dengan lena sekali pengebaraan akan bersambung esok.



Hari kedua

Lena tidur malam semalam dengan bilik yang sejuk dan sunyi. Malam yang indah. kami bersiap untuk keluar dalam pukul 9 pagi. Kami terus check out awal pagi tu sebab kami plan nak balik terus ke sibu pulak. Pagi tukami pergi ke market nak sarapan. Dan market tu terletak di tepi sungai sampai dekat situ ada la beberapa orang tua tengah dok sarapan dengan kawan2 dan tak banyak kedai yang bukak. Kami bergambar dulu dekat mercu tanda replica udang. Dan Susana pagi tu meman sejuk dan tenag jer. Kami pergi jugak ke bahagian pasar basah. Banyak ikan yang dijual semuanya baru naik dari sungai dan boleh lihat nelayan dok bawak naik dari prahu ke tas pasar. Waktu makan di kedai tu kami boleh lihat beberapa nelayan sedang menaikkan pukat masing2 di tepi tebing sungai tu.


Ada jugak kapal keci yang berlabuh di sungai mukah ni, mungkin boat ikan air masin kot. Yang bawak ikan2 yang di tangkap di laut.

Tak tau lah apa simbolik replica udang ni dengan Mukah. Udang sini murah kot or banyak udang kat sungai Mukah ni. orang kata banyak udang banyak buaya. Sebab Mukah ni lebih terkenal dengan sagu kan. Tapi udang tu memang nampak real dan pembuatan yang terperinci.


Lepas makan dan bergambar di sekeliling market tu kami terus ke tapak pesta kaul mukah dan di sana kami bergambar dengan alat mainan orang melanau yang dipanggil tabow. Tabow ni  macam buaian tapi ada satu sahaja tali buai dia. Dan dinaik secara seorang demi seorang.


Saya tak tahu sangat macam mana pesta kaul disambut kalau nak tahu kena datang ke mukah pada bulan april tahun bila2 yang kamu sempat.. tapi dengar kata pesta kaul ni sempena mereka menuai padi. Mungkin tuai padi bulan April lak kot.
Lepas puas ambil gambar kami pon terus pusing lagi jalan yang ada dan terjumpa balai bomba, sekolah, hospital dan perkuburan.  

Setelah bercadang untuk pulang kami singgah dahulu di gerai jualan barangan seperti makanan ringan untuk dibawa balik sebagai ole2 dari mukah antaranya adalah tebaloi, sagu dan tempeyek. Yang paling terkenal adalah tebaloi yang hanya ada di mukah ianya diperbuat daripada sagu dan rasa seperti kuih sepit di semenanjung. Aku tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan makcik penjual tu dan dia bayk terangkan semua jenis kuih yang dia jual memang peramah orang nya. Sesuai sekali pelancong macam aku ni nak dapatkan maklumat dan panduan.


Dia cadangkan aku untuk cuba makan umai yang menjadi tradisi pelancong ke mukah. Kerana disini umai yang dijual adalah segar dan dapat dilihat dendiri pembuatannya. Untuk mpengetahuan pembaca umai ini adalah daging ikan mentah yang dimakan bersama sos yang di buat untuk menghilankan bau ikan dan rasa ikan mentah itu sedap. Ikan mentah telah dipotong kecil-kecil dan sos dijual berasingan. Ada banyak jenis ikan yang dibuat umai aku pilih ikan haruan laut kerana Nampak isinya lebih besar. Nak tahu rasanya nanti boleh cuba sendiri ya ataupu boleh cuba shushi it pon ikan mentah jugak kan hehehe.


Penjual tu dan bungkuskan dengan ice sekali untuk kami bawak balik ke sibu. Bagus dia memang memahami mungkin dah biasa dengan pelancong yang nak tapau bawak balik supaya iakan tetap segar bugar. Kalau tak nanti busuk lah ikan tu. Heheh tak lalu makan la jawab nyer…
satu bekas tu penuh isi ikan rm10 banyak sangat kuah dia rm5.00 untuk makan 5 orang ni. Rasa sambal cicah tu sedap dan pedas sikit je. Wife tak nak makan sebab dia tak lalu jadi aku kena habiskan lah. Yang pasti isi ikan tu lembut dan rapuh tak liyat macam isi mentah pon hehehe.


Kami berhenti makan dekat taman permainan di tengah pekan mukah tu di sebabkan pagi lagi jadi tak ada orang yang melepak sana. selepas makan kami pon beredar meninggalkan Mukah dengan perasaan puas dan happy lah lalu menuju ke sibu.
 

Wedding

Majlis perkahwinan kali ini meriah dan kelam kabut jugak sebab 2 adik beradik melangsungkan perkahwinan dalam tahun yang sama iaitu 2011. n...