20 Februari 2012

Atas Nama Pokok


Sebatang pokok yang dah berusia melebihi 20 tahun tersebut masih tersergam indah di hadapan dua buah rumah anak-beranak itu. Setiap musim buah-buahan pasti pokok tersebut tidak terkecuali berbuah lebat seperti pokok lain disekelilingnya.

Tumbuh subur di hadapan rumah

Juga menjadi tempat berteduh

Walaupun dikau tidak dijaga rapi

Setiap musim pasti mengeluarkan isi


Mendung mu adalah tempat bermain

Dewasa di teratak menghirup udara dingin

Rendang mu penyedap mata memandang

Hasilmu mu jadi bekalan yang berkunjung datang


Tapi kini engkau terbiar seorang

Seperti tempat sampah terbuang

Anggotamu kudung ditebang

Tak di singgah si burung yang terbang


Hasilmu hanya jatuh berguguran

Menjadi habuan sang lebah dan tebuah

Bukan lagi sebagai buah santapan

Begitulah kisahmu sang pokok rambutan


Semoga kenangan dan jasa sang pokok rambutan disemadikan dalam sajak ini, dan sebagai tanda penghargaan daripada manusia yang melupakan tentang pokok rambutan hadapan rumah. ;-((

1 ulasan:

Terima Kasih

Wedding

Majlis perkahwinan kali ini meriah dan kelam kabut jugak sebab 2 adik beradik melangsungkan perkahwinan dalam tahun yang sama iaitu 2011. n...