20 Februari 2012

Atas Nama Pokok


Sebatang pokok yang dah berusia melebihi 20 tahun tersebut masih tersergam indah di hadapan dua buah rumah anak-beranak itu. Setiap musim buah-buahan pasti pokok tersebut tidak terkecuali berbuah lebat seperti pokok lain disekelilingnya.

Tumbuh subur di hadapan rumah

Juga menjadi tempat berteduh

Walaupun dikau tidak dijaga rapi

Setiap musim pasti mengeluarkan isi


Mendung mu adalah tempat bermain

Dewasa di teratak menghirup udara dingin

Rendang mu penyedap mata memandang

Hasilmu mu jadi bekalan yang berkunjung datang


Tapi kini engkau terbiar seorang

Seperti tempat sampah terbuang

Anggotamu kudung ditebang

Tak di singgah si burung yang terbang


Hasilmu hanya jatuh berguguran

Menjadi habuan sang lebah dan tebuah

Bukan lagi sebagai buah santapan

Begitulah kisahmu sang pokok rambutan


Semoga kenangan dan jasa sang pokok rambutan disemadikan dalam sajak ini, dan sebagai tanda penghargaan daripada manusia yang melupakan tentang pokok rambutan hadapan rumah. ;-((

12 Februari 2012

Kesedaran

sebahagian budak mengaji

Hurmm.. masa cuti ni macam-macam tugas I ada buat, berladang, pengutip getah, membaja kebun, menebas semak, mengajar dan ber-online. Semuanya adalah aktiviti yang hebat dan menyihatkan tubuh badan. Tapi salah satu aktiviti atau tugas tersebut giving me satu kesedaran.

Tugas tersebut adalah mengajar, kalau ada yang tertanya-tanya "hang ni mgajaq pa? standard 6 pn x lepas!" baik-baik sikit fitnah tu1 :p. I ada mengajar anak-anak kampung mengaji mukadam dan jawi. Bantu mak i jew~~,

Anak-anak ni susah nak kawal, aktif sangat, waktu dok mengajar, yang lain tu boleh pulak dok sembang dan bergusti, bergusti lengan xpe gak! hahaha :p. Yang dok mengaji ni pon tergangu la, kepala keja nak paling belakang ja.. Tapi tak boleh dok halang depa tu sangat nanti kita penat, so tegur satu dua kali camtu ja la.. hurmm.. :p

Ada diantara mereka tu yang cepat tangkap, pandai, ada yang tergagap-gagap tapi dah sampai ke iqrak atas 3 dah, pe kes?? diorang ada blaja gak kat skolah, ooo.. So I sebagai guru tak terlatih ni ajar setiap anak-anak tu dengan cara yang sama, masing-masing kena baca 3 kali tapi klu dia dah baca sendiri sewaktu tunggu giliran tadi, bacaan boleh dikurangkan, terpaksa buat camtu supaya diorang tak bising waktu menunggu giliran, jugak masa doirang tu sia2, dan I pon x serabut... :p

Lama-kelamaan mulalah sedar yang anak-anak ni ada yang cepat dan slow learner tekniknya kena la ajar ikut tahap kebolehan masing2. Waktu belaja pasal pendidiakan, memang ada pembahagian murid, murid lemah, sederhana, dan bijak, dah berlaku depan mata kui2...

Patutla budak yang lemah tu asyik merungut dan tak semangat nak ngaji huhuhu.. Tapi niat di hati nak adil bagi semua pandai kan... :p

'kesedaran adalah pembelajaran yang berkesan'


Wedding

Majlis perkahwinan kali ini meriah dan kelam kabut jugak sebab 2 adik beradik melangsungkan perkahwinan dalam tahun yang sama iaitu 2011. n...