06 September 2022

Wedding

Majlis perkahwinan kali ini meriah dan kelam kabut jugak sebab 2 adik beradik melangsungkan perkahwinan dalam tahun yang sama iaitu 2011. namun persandingan my sisters ini tidak berlangsung serentak tetapi adik kahwain dahulu diikuti kakaknya empat bulan selepas itu :p. jadi kesian penduduk kg kena dirikan khemah selepas baru ja robohkan :p.

Travelog Sabah

HAI bertemu kembali di blog ni.. setelah sekian lama tidak buka.. langsung tak log in sampai password pon dah lupa... seiap kali log in mesti buat forgot password.. hahaha

kali ni sir nak share pengalaman pi sabah waktu cuti sekolah bulan September 2022.

sambil tu boleh jadi tempat simpan kenangan bercuti... dan jugak panduan kepada hangpa yang bakal mengembara ke bumi Sabah negeri di bawah bayu... semoga bermanfaat !


ceritanya camna kami sekeluarga boleh pi sabah ni.... disebabkan ada duit dalam credit akaun air asia... tak la bayak mana.. cuma cukup untuk terbang pegi dan balik 4 orang la.. mai mana duit ni?.. haa duit waren ya.. 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. tapi tambang sama ja.. sebab 2 orang anak aku ni dah 2 tahun ke atas... kalau 2 tahun kebawah murah sikit..  hehe

kalau nak harap duit simpanan tak cukup la nk beli tiket tu... melancong dalam semenanjung pon tak habis lagi... buat pa nk melancong jauh2 kan... pasal duit ni nk expiet dah tahun depan.. so kena cpt habiskan... cuma duit poket percutian ni memang duit simpanan la... korek habis uolss.... tak pa nanti kita kumpul lagi... huhu

masa nak booking flight tu kena chek betul2 bagasi berapa, makan dan seat... supaya kita boleh duduk dalam flight dengan tenang, biasa la budak sat dia nk daddy, sat nak momy.. kalau dok sebelah ja xpa.. kalau jauh satgi dok teriak pulak.. bising satu flight tu... biasa dok tengok anak orang ja.. kali ni anak sendiri pulak buat hal... no no no....


ada la beberapa lokasi lawatan kami ni... setakat yang mampu kami pi ja la... bawak budak kecik ni lain sikit.. kita kena pilih tempat2 yang sesuai dengan depa pi... Sabah ni kan banyak pulau cantik2.. mandi laut.. kena naik boat.. so yang tu macam tak sesuai la.. tunggu dia besar sikit boleh bawak... 

nak bergerak sana sini... kena sewa kereta baru best.. google ja penyewa kereta di sabah tu banyak dan trusted... yg kami sewa ni booking online.. isi maklumat dan bayar 10%  grab ada cuma xmampu nak pi jauh..dan anak kecik pulak.. lebih selesa bawak kereta sendiri...

3 hari  sewa rm330 sahaja, depa bagi proton saga yang model baharu tu... tapi waktu booking tu minta iriz...  bos kata xdak.. cust belum return katanya.. malas nak panjang cerita... saga pon saga lah... janji kereta tu selamat untuk drive jauh2 tu saja... dan mesti auto bukan manual... hehe



isi petrol dalam rm60 saja untuk 3 hari tu.. jimat kan alhmdulillah, mileage dalam 300 jugak la sepanjang 3 hari trip.... jgn lebih 600 ja.. nanti depa charge lebih plak...   mesti yang auto...sebab naik bukit dan selalu jem kalau ke kundasang tu... baru x lenguh kaki hehe... anda rasa ada masa untuk sakit kaki? 

bagasi tu kena chek pastikan 40kg pegi dan 40kg balik... jgn jadi mcm aku.. 80 kg pegi.. balik x ambik bagasi.. kena byr kat kaunter.. 20kg rm90.. nak hand carry xleh sbb beg tu besar... kalau cabin size xpa jugak... time ni memang nak mencarut.. cekek darah punya orang... tapi insaf balik sebab diri sendiri yang cuai... huhu

makan senang ja Alhamdulillah... rasanya kami makan kat kedai makan 3 kali saja kot... haha.. sbb makan dalam flight byak sampi boleh bungkus... kalau boleh makan la dalam flight.. menu depa sedap2 dan kat kedai makan blom tentu menu depa memenuhi citarasa hangpa.. walau harga murah tapi bila x sedap makan tak puas jugak kan...dan time tu la boleh makan dengan tenang.. syukur anak ku dalam flight means it's time for them to sleep... hehehe 

RANAU

Ranau ni atas sikit dari Kundasang, kami pi sana just untuk chek in ja, Hotel lodge 88, suasana kat sini sedang2 x panas x sejuk... nampak gunung kinabalu dari sini.. so tenang dan dalam hati dok kata untung orang dok sini, bangun pagi ja nampak gunung... indah wehh..

pekan kecik ja xda bangunan tinggi... tapi ada maybank... haha.. otw nak ke Ranau ni ada byak viewpoint. bleh berhenti ambik gambar banjaran kinabalu.. dan ada tandas di setiap point tu... 







perjalanan ke kk dari ranau ni memang menarik, sbb dapat tengok gunung besar dan tinggi.. ciptaan sapa tu? Allah la.. dan alam semula jadi.. sejuk mata memandang.... love your nature... balik rasa cam nak menanam ja.. hehehe

rumah2 kat sini bayak tanam pokok bunga, xdak pokok2 tinggi tuk buat teduh...sebab x panas la kot noh...

RUMAH TERBALIK

lokasi tempat ni di Tamparuli.. kira macam otw dari kk ke kundasang akan lintas sini la.. waktu masuk tu ramai jugak orang tungu turn...

tiket masuk sini la paling mahal yg kami perlu bayar.. rm12 tuk dewasa.. budak2 bawah 4 tahun free...rumh tu memang rumah asal dan ada pemilik ya... depa tu dok kk la ni.. mesti kaya raya kan depa tu.. dalam hati aku la... then kereta terbalik pon ada.. no plate johor sebab owener nya pernah kerja sana... x boleh ambik gambar dalam rumah tu... semua diterbalikkan.. haha anak aku siap pi pusing kipas siling tu... lantai kat atas.. so sentiasa bersih la.. hehe kat situ pon ada muzium 3d..tp kami x masuk.. mahal... 

KUNDASANG

sejukkkk... so kalau x sejuk tu bukan Kundasang la... sampai sini mesti target nak pi dairy farm... tengok lembu tenusu... makan askrim dan susu... di simpang kubis tu kami singgah dlu untuk bergambar... depa macam buat taman untuk bergambar la... kita just snap pic gun props yang dia bagi tu.. berlatar belakang gunung kinabalu... selalunya gunung tak tunjuk wajah puncak dia.. selalu awan tutup.. hurmmmm

disitu jugak ada market kundasang, macam pasar malam la.. bayak jual bandle.. kami beli burger dan strawberi... topi.. lepastu keropok sabah tu.. dan biskut cincin... kebanyakan ole2 kami beli di sini.. sebab dah terserempak kan...

DAIRY FARM KUNDASANG

sampi ja sini kami terus pi tengok anak lembu... baring saja anak lembu tu.. pastu ambik gambar disekitar kawan tu... lawa... landskap dia memang cun... bunga yang jarang lihat di tempat lain... waktu nak masuk ni.. dewasa kena bayar rm5 perhead.. waktu ni hujan renyai2... then tengok lembu dok makan rumput... memang besar dan tinggi.. warna hitam tompok putih... pastu tengok sekali proses sedut susu lembu... lembu tu macam dah lali dengan semua tu...haha macam kena mind control...

aiskrim sedap dan susu mcm cair sikit la... ada jugak perisa kopi dan choklat... siapa lambat memang akan terlepas cepat sold out... then beli megnet fridge satu... pastu balik... menuju ke ranau untuk stay sana semalaman....  cari dobi di sini tapi tak adoooo...

KUNDASANG WAR MEMORIAL

tak jauh pon... dalam kawasan market kundasang ja.. waktu kami pi kundasang tu x sempat nk singgah... jadi waktu balik dari ranau ke kk tu bari singgah... macam wajib pi lah sini.. x pi rugi... masuk rm 3 ja tuk dewasa...

dalam tu ada story pasal bekas panduan cuma x sempat nak baca la.. payah anak.. sedikit infonya ialah pasal tentera Australia dn British di tahan di situ.... 

info war memorial https://tripzranau.wixsite.com/pelancongan/kundasang-war-memorial

dalam ni ada english garden so memang tempat bergambar... jangan lepaskan peluang ... masuk tu jelajah sampai habis sebab ada port yang boleh ambik gambar berlatar belakang gunung kinabalu







PEKAN NABALU

sedap mulut sebut nama pekan ni.... hehe.. disini banyak jual kraftangan dan makanan tradisi... mutiara pon banyak... kraf tangan seakan yang dijual di kedai cendramata waterfront Kuching Sarawak... manik dan bag tribal patern tu... even batik pon ada... cuma Pekan Nabalu sebih sejuk cuacanya.. x panas... sejuk gitu2 ja.. x la sejuk mcm Kundasang... tapi dari sini masih kelihatan gunung kinabalu...

kami beli mutiara kat sini... buat ole2... kerongsang bermutiara.. tapi mutiara air tawar ja.. mutiara ternak...sir beli tempat sangkut kunci sabah made.. 

info mutiara air tawar. https://ms.weblogographic.com/difference-between-freshwater-and-saltwater-pearls-4666 

bersambung....

dah baca sila tinggalkan komen yer.. tq

05 Julai 2021

BUKA HATI BUKA MINDA

assalam

hai semua hari ni nak tulis sesuatu.. 



babru2 baru ini ada kemalangan maut telah berlaku antara penunggang motosikal dan kerbau. 


mangsa dan kerbau meninggal di temat kejadian.. sangat menyayat hati sebab bukan kemalangan biasa.. kejadian berlaku pada malam diwaktu pkp dan ketika waktu maghrib lebih kurang pukul 8 camtu lah.. motor dipandu laju di selekoh yang kerap berlaku kemalangan 


dikatakan mangsa ingin pulang ke rumah mertua setelah selesai kerja2 kampung petang itu.. kerana dia menetap disitu.. setelah kejadian saya di minta tolong oleh abag ipar untuk mengambil isteri mangsa pulang ke rumah mertua iaitu ibu bangsa...


mangsa adalah abang kepada abang ipar saya.. jadi bukan orang lain tetapi keluarga terdekat..


mangsa seorang yang baik dan banyak menolong orang lain.. beliau mahir dalam kerja- kerja kampung.. dan bekerja sendiri.. kematinnya meninggalkan seorang balu dan 3 anak yang masih kecil.. sangat sedih mengenangkan nasib keluarga ini..sebuah kehilangan besar buat keluarga kedu abelah pihak.. juga kehilangan buat warga kampung kerana tiada lagi tempat orang kampung harapkan bantuan...


bertambah simpati apabiila motosikal yang dinaiki mangsa telah tamat road tax dan insuran.. mangsa tiada insuran peribadi..  


mangsa seorang penyayang kepada anak2, tetapi sebelom kejadian, isteri mangsa melaporkan ada sedikit pergaduhan antara mereka,  selama 3 hari tidak bertegur sapa dengan mesra..


mangsa adalah anak harapan ibu kerana anak lelaki yang menjaganya dikampung. beliau tidak meninggalkan apa2 kepada keluarga nak anak isteri sekadar kenangan dan alatan berkebun..


mujurlah isteri mangsa seorang tukang jahit dan dapat menampun serba sedikit perbelanjaan rumah sementara bantuan lain disalurkan


bagi saya bayak sangat pengajaran yang dapat daripada kisah ini.. kadang2 kita terlalu sibuk dan alpa untuk penuhi kehidupan seharian.. sampai lupa perancangan masa depan.. dan sesungguhnya tidak cukup sekadar nilai diri yang tinggi jika kita tidak dapat wariskan kepada orang tersayang bila sudah tiada nanti.. 


walau apa pun pekerjaan dan kedudukan kita sentiasalah

fikir masak-masak demi kepentingan diri dan keluarga 

Al-Fatihah buat arwah!


husnul khatimah

25 Ogos 2019

IKON NILAM 2019


Assalamualikaum warahmatullah hi wabarokatuh.

Sebagai guru perpustakaan dan media GPM yang baru dilantik aku bersemangat tuk bekerja dan berkarya. GPM ni aku calonkan diri sebab guru yang asal tak boleh nak teruskan disebabkan bebanan kerja. Jadi aku beranikan diri lah macam mentor STG pesan. be brave, sumbangkan sesuatu kepada masyarakat. sambil bina leadership dalam diri. sampai bila nak jadi pak turut.

So langkah berani kal ini bila aku join pertandingan Ikon Nilam peringkat daerah /bahagian Betong.
first time pertandingan seumpama ini sekolah aku hantar selepas 5 tahun ak mengajar. just nak cari pengalaman. supaya aku jelas dengan tugas GPM nih.. gitu !

seramai 13 peserta daripada 4 buah sekolah menengah yang bertanding.. pergi dengan tanda tanya pulang dengan pengalaman berharga. itu yang penting!

 ikon nilam last minute

tempat ke 5

tempat ke 7

RUMAH TERBUKA PERTAMA

Alhamdulillah ku panjat kan syukur ke hadrat ilahi. segala nikmat yang aku perolehi semua dari Allah dan segala kemudaratan yg aku hindari semua atas kasih Allah.

Nak di kongsikan cerita, dengan bonus STG bulan ni dapat cover persiapan tuk open house raya haji.. Alhamdulillah. time tu memang xda duit tau tak hehe tapi wife teringin nak raikan raya haiji jugak.. sapa suruh tak balik kampung KATENYEEERR.. dia sanggup nak buat ketupat palas.. so kita pon on saja.. mujur time tu bonus dah landing dalam akaun



Menerima kunjungan DDM Kak Nor dan suami DSM Cg Zam dan rakan2 di Saratok, Sarawak

syukur Alhamdulillah
bonus Julai 2019


24 Jun 2019

LAW OF GARBAGE TRUCK


LAW OF GARBAGE TRUCK
UNDANG2 LORI SAMPAH

M.E.N.A.R.I.K untuk kita baca dan kenali diri

CF dapat sesuatu moga bermanfaat pada anda juga. #SalamSayang #AUDIE_LeadWithLove 😘

************

~Satu hari, saya naik kereta kawan untuk pergi meeting. Tengah dalam perjalanan tu, tiba-tiba ada kereta Myvi hitam potong kami dari kiri dan membelok ke kanan tanpa beri signal pun. Nyaris-nyaris terlanggar kereta tersebut.

Nasib baik kawan saya ni sempat brake. Tapi yang pelik nye, driver Myvi pulak yang berhenti tepi jalan, tekan hon berkali kali, keluarkan kepala dari tingkap, sambil maki hamun macam orang gila kat membe saya ni. Siap tunjuk isyarat lucah lagi.

Yang membe saya ni rilex je, senyum, angkat tangan, dan teruskan perjalanan.

Saya tanya beliau, “ko tak rasa panas ke? Brader tadi duk maki-maki, padahal dia yang salah. Kalau kau ajak tadi, aku turun sekali dah balun budak tu. Kita dua-dua fighter kan, ape nak takut?”.

Dia pusing pada saya, senyum dan cakap. Nan, ko pernah dengar tak Law of The Garbage Truck?

Hahahaha, ko nak merepek apa pulak ni? Mana ada law of garbage truck saya kata.

Beliau senyum dan teruskan. Macamni nan, ada setengah orang atas dunia ni, dia macam Lori Sampah. Hidup dia seharian dia asyik kutip sampah, kutip sampah, kutip sampah, dari pagi sampai ke malam.

Sampai masa, lori dia penuh. Bila lori penuh, dia dah tak boleh nak kutip lagi dah sampah baru. Jadi akan cari tempah untuk buang dan longgokkan sampah-sampah dia tu. Dan kadang-kadang, kau akan jadi tempat dia longgok sampah dia.

Dan kau jangan take it personally. Kau just senyum, dan tutup diri kau, supaya sampah dia tak masuk dalam kau. Kalau kau terima sampah dia, kau akan jadi tong sampah. Sama macam dia.

Now, you see. Hidup kita seharian, kita selalu jumpa orang-orang macamni kan? Selalu nak marah, nak maki, nak pukul orang. Tak pasal-pasal pun kadang-kadang nak mengamuk. Kadang-kadang orang-orang ni adalah orang terdekat kita. Family kita, suami kita, anak kita, kawan-kawan kerja, bos kita, lecturer atau cikgu kita.

Don’t take it personally. Just faham, yang mereka telah kutip terlalu banyak negativity seharian. Dan mereka perlu tempah untuk humban sampah-sampah mereka. Itu saja. Anda cuma perlu senyum, dan tutup diri supaya sampah mereka tak masuk dalam anda.

Kalau anda beri mereka peluang untuk masukkan sampah mereka dalam anda, kini anda dah jadi tong sampah, sama seperti mereka. Eventually tong anda akan penuh dan anda pula terpaksa buang sampah anda pada orang lain.

Sebab tu harini terlalu banyak orang yang suka buat posting kecam sana, kecam sini, comment maki orang sana, maki orang sini. Hina semua orang macam dia sorang je suci macam Nabi. Kenapa? Kerana, bila mereka boleh buang sampah mereka pada orang lain, mereka rasa lapang sikit sebab lori dah kosong.

Dan sedihnya, ramai orang. Terlalu ramai orang yang buang sampah mereka pada orang-orang yang mereka sayang. Berapa ramai kita jumpa ayah dan ibu yang balik kerja penat, stress, mereka lepaskan penat dan stress mereka pada anak-anak? Ramai kan?

Berapa ramai bos, cikgu atau lecturer yang ada masalah rumahtangga, mereka bawa masalah mereka ke tempat kerja, dan lepaskan sampah mereka pada pekerja, pada anak murid mereka? Ramai kan?

Agaknya apa yang akan jadi pada anak-anak, pekerja dan murid ni? Lama-lama tong mereka juga akan penuh, dan mereka akan buang sampah mereka pada orang lain.

Kerana itulah saya rasa semua orang perlu belajar ilmu untuk jadi orang yang bertenang, rasa aman damai, take control of our own feelings. Perasaan orang pada kita, kita tak boleh kawal. Tapi Perasaan kita pada diri kita. Itu 100% dalam kawalan kita. Kita boleh kawal sepenuh nya. Itu sepenuhnya dalam kuasa kita.

Kalau kita mula bagi kuasa untuk orang lain kawal Perasaan kita, itu lah satu bentuk penghambaan paling sadis. Jangan biarkan kata-kata orang, perbuatan orang, beri kesan pada inner peace anda.

Saya dah menjadi lori sampah all my life. Dari dulu selalu marah-marah, selalu mengamuk, selalu baran. Dan ia menyakitkan semua orang yang saya sayang. Alhamdulillah mereka semua sabar, dan berkat sabar itu saya kini faham The Law Of Garbage Truck.

*Edited: Ada yang bagitaw The Law Of Garbage Truck ini adalah dari buku tulisan David J Pollay.
Yang saya ceritakan ini ialah pengalaman peribadi. Kata-kata kawan saya itu mungkin beliau ambil dari buku ini. Wallahualam.

Anda dapat sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

05 Mei 2018

Kenapa aku join Smart Tycoon Group?


Smart Tycoon Group tu apa?
Singkatan nya STG. Stg ni adalah bisnes online. Jual barang keperluan harian seperti kelengkapan bilik mandi, dapur, rumah, kereta, kesihatan dan kecantikan. semua produk STG halal dan mendapat kelulusan KKM. BArangan STG adalah daripada syarikat Sahajidah Hai-O MarketingSdn Bhd. anak Syarikat kepada Hai-O dan telah 26 tahun dalam Malaysia. Jadi tugas kita adalah jual produk tu di Facebook laverage. laverage tu nanti saya cerita k.

Kenapa saya join STG?
sebab stg ni bisnes yang santai, sesuai dengan saya yang dan bekerja tetap, dan saya seorang yang suka bisnes, dalam islam pon diajar umatnya bebisnes atau berniaga. jadi sebagai seorang islam why not saya berniagakan. 9/10 rezeki adalah dalam bidang perniagaan. sambil bekerja saya sempat berniaga, tak perlu ada kedai, tak perlu ke mana-mana hanya menggunkan Smartphone dan langganan data sahaja. Senang kan. So stg ni merupakan part time job pilihan saya. ada banyak lagi part time lain?? kenapa pilih stg? sebab partime lain tu lebih kepada dropship (contoh). yang mana pedapatan dropship bagi saya x begitu lumayan. kalau stg anda dapat untung macam dropship dan 5 bonus lagi haa lumayan bukan!!  stg boleh juga dilakukan secara full time.

Kenapa pilih biz online?
sebab zaman dah berubah. kos sara hidup maknin meningkat. orang lebih suka servis ke rumah supaya mereka tak keluar ini dapat menjimatkan masa dan kos. banyangkan kalau nak pergi ke kedai dalam jalan sesak dan panas semata-mata nak beli satu atau 2 barang sahaja x berbaloikan. oleh itu, bis online ni semakin mandapat sambutan. rugi la siapa yang tak cuba melibatkan diri dalam biz online ni.. lain lah kalau dah kaya-raya, itu lain cerita. dan lagi satu zaman sekarang setiap orang ada facebook dan smartfhone yang mana hari2 kita pegang dan online facebook betol tak. apakata anda jadikan FB anda tu punca pendapatan. sambil online sambil buat duit. FB tu akaun anda hak anda untuk guna dan posting tak ada orang boleh mempertikaikannya. stuju ?



Apakah yang dimaksudkan dengan Projek Smart Tycoon Group (STG) ?

Apakah yang STG sediakan untuk anda ?

Apa yang perlu anda ketahui tentang STG ?

Apakah kelebihan STG ?

Laman Smart Tycoon Group ini bertujuan untuk memberikan pencerahan kepada anda yang berminat nak menjadi ahli STG tetapi masih tidak memahami apa yang STG lakukan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Projek Smart Tycoon Group ( STG ) ?

Smart Tycoon Group merupakan sebuah platform perniagaan yang menjalankan aktiviti penjualan produk-produk seperti :

1. Produk Kecantikan ( Siri makanan & minuman )
2  Produk Kesihatan (Siri Pakaian Dalaman Pembentukan badan)
3. Produk Pelinciran ( Siri minyak Automobil)
4. Produk Kesuburan ( Siri Baja Semburan)
5. Pelbagai produk lain lagi

Antara contoh produk-produk jualan adalah seperti Miniral Caffe, Bio Ever Plus, Bio Seleza, Selimut BVSM, BB Plus Collagen dan sebagainya.




Apakah yang STG sediakan untuk anda ?

   Smart Tycoon Group menyediakan Ilmu, Mentor dan Sistem kepada ahli baru dan ahli lama. Setiap ahli STG yang baru akan dibimbing oleh mentor tentang bagaimana cara marketing yang berkesan dan sebagainya. Setiap ahli baru akan diberikan Coaching Online Marketing sehingga Expert. STG mengamalkan konsep "Bisnes secara berjemaah" iaitu Buat sama-sama, menang sama-sama, kaya sama-sama.

Apakah yang anda perlu ketahui tentang STG ?

1.  PRODUK - Clinical tasted, International Certifled, Halal dari Jakim dan testimoni dari beribu pengguna. Mengenali setiap produk dengan lebih mendalam akan lebih memudahkan anda membuat pemasaran yang lebih efektif dan dapat menarik perhatian pembeli disebabkan keyakinan daripda Posting anda.

2. GERAK KERJA - Hanya perlukan komitmen dari anda untuk buag posting online ( Facebook, Instagram, Whatsapp,dll). Lakukan kerja sekurang-kurangnya 2-3 jam sehari.

3. POTENSI PENDAPATAN - Tiada had, Rm 2000 - 5000 sebulan ( yang penting rajin ), Intensif fees, melancong 3 kali sebulan.

4. BANTUAN : Web promosi percuma, bimbingan dari komuniti usahawan internet, bimbingan dari pakar-pakar produk. Mentor adalah ibu yang bergelar jutawan.

Apakah kelebihan STG ?

  STG menjadikan produk edaran Sahajidah Hai O Marketing ( SHOM ) sebagai platform bisnes. Rm 50 adalah yuran pendaftaran sebagai agen SHOM bagi membolehkan anda mendapat keistimewaan sebagai agen.

Antara kelebihan menjadikan agen SHOM adalah :

1. Beli produk dengan harga agen.

2. Dapat untung runcit atas jualan ( 10% - 20% )
   
    Cth :
    Hai O Chlorella
    Harga Pelanggan  (CP)                : Rm 69.60
    Harga Pengedar   (DP)                : Rm 58.00
    Untung runcit                              : Rm 11.60
    Keuntungan                                : 20%

Jika anda mempunyai 20 pelanggan membeli Hai O Chlorella dalam sebulan. Keuntungan runcit agregat anda ialah RM 11.6p x 20 = Rm 232.00

3. Bonus Prestasi ( 3% - 41%)

Bonus prestasi merupakan bonus pencapaian kumpulan, kenaikan pangkat berdasarkam jualan timbunan hasil kumpulan (TAPV)

Jadual Bonus Prestasi :

Pangkat                                              TAPV           Bonus (%)
Crownd Diamond Manager CDM   2,000,000         41%
Double Diamond Manager  DDM      720,000         36%
Diamond Sales Manager      DSM     180,000          31%
Senior Sales Manager           SSM      60,000           26%
Salaes Manager                      SM      20,000           21%
Pengedar                                  D6     12,000          18%
Pengedar                                  D5      6,000          15%
Pengedar                                  D4      4,500         12%
Pengedar                                  D3      3,000          9%
Pengedar                                  D2     1,500          6%
Pengedar                                  D1        100          3%

4. Tabung Kereta (3%)

Untuk meninggikan imej & mutu kehidupan ahli STG. Hai O Marketing membentukkan tabung kereta kepada ahli STG. Asalkan anda berkelayakan, anda boleh memilih sebuah kereta idaman yang mewah untuk kegunaan sendiri. Semua kosnya ditanggunag oleh Hai O Marketing.

5. Bonus Projek Wawasan.

Syarikat akan memperuntukkan 5% dari jumlah jualan BV setiap bulan sebagai bonus projek wawasan kepada semua pengedar mengikut syarat - syarat yang ditetapkan oleh Hai O Marketing.

STG mempunyai banyak lagi bonus untuk ahli-ahlinya.


Kejayaan adalah pilihan bukan kebetulan....
Dengan Ilmu, Mentor, Sistem, Tindakan, dan Istiqamah...
Pasti akan berjaya...

Seperti kata-kata dari Dr. Azizan Osman :
" Jangan tunggu "sesuatu" berlaku dalam hidup kita tetapi kita mestilah menjadi pencetus tindakan melakukan sesusatu dalam hidup kita "

Sekian, itu sahaja perkongsian dari saya tentang bisnes online Smart Tycoon Group. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Apa yang baik, datangnya dari Allah Swt
Apa yg buruk, datangnya dari atas kelemahan diri saya sendiri.

Wasalam......

Wedding

Majlis perkahwinan kali ini meriah dan kelam kabut jugak sebab 2 adik beradik melangsungkan perkahwinan dalam tahun yang sama iaitu 2011. n...